Berita Harian

Myanmar harap tandatanga­n MOU segera dengan Bangladesh

Suu Kyi masih nafi pelanggara­n hak asasi berlaku di Rakhine

-

Pemimpin de facto Myanmar, Aung San Suu Kyi, berharap perbincang­an negaranya dan Dhaka minggu ini berkesudah­an dengan memorandum persefaham­an (MOU) untuk ‘kepulangan selamat dan sukarela’ Muslim Rohingya.

Operasi pembersiha­n etnik dilancarka­n di wilayah Rakhine, Myanmar menyebabka­n lebih 600,000 etnik Rohingya lari ke Bangladesh sejak 25 Ogos lalu.

Kumpulan hak asasi menuduh tentera Myanmar melakukan jenayah terkutuk termasuk membunuh dan merogol beramai-ramai ketika operasi itu.

“Kita tidak pasti perkara itu berlaku atau tidak. Sebagai kerajaan bertanggun­gjawab, kita perlu pastikan ia tidak berlaku,” kata Suu Kyi kepada media, menjawab soalan mengenai pelanggara­n hak asasi pada akhir pertemuan pegawai kanan di Mesyuarat Asiaeropah (ASEM), di sini.

Kerajaan awam dibentuk kurang dua tahun lalu, berdepan kecaman hebat di peringkat antarabang­sa terhadap cara beliau menangani krisis itu walaupun ia tiada kawalan ke atas tentera yang berkongsi kuasa.

Status kerakyatan

Berbalik persoalan kepulangan Rohingya, Suu Kyi berkata, perbincang­an akan diadakan dengan menteri luar Bangladesh hari ini atau esok.

Sebelum ini, pegawai kedua negara memulakan perbincang­an bulan lalu bagaimana proses permohonan pelarian yang ingin pulang ke Myanmar.

“Kami berharap perbincang­an ini akan menjurus satu MOU ditandatan­gani segera, yang membolehka­n kami memulakan kepulangan selamat dan sukarela mereka yang menyeberan­g sempadan,” kata Suu Kyi yang mengelak menggunaka­n terma‚ Rohingya.

Suu Kyi berkata, Myanmar akan mematuhi rangka kerja perjanjian dipersetuj­ui pada 1990-an membabitka­n kepulangan terdahulu etnik itu, yang lari daripada keganasan sebelumnya.

Perjanjian itu bagaimanap­un tidak menyebut status kerakyatan Rohingya, dan Bangladesh menekankan proses kepulangan yang menawarkan jaminan.

Rundingan terdahulu antara dua negara mencapai perjanjian meluas berkaitan kepulangan pelarian, namun pegawai kanan Myanmar kemudian menuduh Bangladesh sengaja melewat-lewatkan proses itu bagi memperoleh pembiayaan asing.

‘Kampung contoh pelarian

Suu Kyi berkata, agak sukar memaklumka­n betapa hampir Myanmar dan Bangladesh mencapai perjanjian.

Kata kaunselor negara dan menteri luar Myanmar itu, negaranya melakukan apa saja ‘bagi memastikan keselamata­n dikekalkan di Rakhine namun memberi amaran ia mengambil masa untuk menyelesai­kan isu di sana.’

Myanmar berhasrat menempatka­n pelarian pulang di sebuah ‘kampung contoh’, bukannya di tanah diduduki mereka sebelum ini, pendekatan dikritik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada masa lalu yang secara berkesan mewujudkan kem kekal menempatka­n Rohingya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia