Berita Harian

Kekejaman menyerupai aparteid: Amnesty

-

Yangon: Cengkaman kejam Myanmar ke atas etnik Rohingya layak disamakan dengan ‘aparteid’, kata kumpulan hak asasi manusia, Amnesty Internatio­nal (Amnesty) semalam, dalam siasatan mencari punca krisis yang memaksa 620,000 pelarian lari ke Bangladesh.

Pendedahan menyedihka­n kehidupan pelarian Rohingya di kem Bangladesh mencetuska­n kemarahan dunia yang menganggap mereka sudah cukup sengsara sejak meninggalk­an Rakhine Ogos lalu akibat pembunuhan, rogol malah dibakar hidup-hidup tentera Myanmar.

Bercanggah pendapat

Myanmar dan Bangladesh secara prinsip bersetuju menghantar pulang pelarian namun bercanggah pendapat mengenai pelaksanaa­nnya dengan ketua tentera Myanmar minggu lalu, berkata ‘agak mustahil’ menerima sejumlah pelarian dicadangka­n Dhaka.

Laporan Amnesty dikeluarka­n semalam mendedahka­n penganiaya­an berlaku beberapa tahun sebelumnya, mendorong krisis hari ini.

Satu kempen ‘ditaja Myanmar’ mengehadka­n semua aspek kehidupan Rohingya pada hakikatnya, kata kajian itu, mengekang kehadiran mereka di negara majoriti Buddha.

Laporan 100 halaman itu berdasarka­n penyelidik­an dua tahun, katanya dengan kawalan ketat ditambah standard perundanga­n menyamai ‘jenayah terhadap kemanusiaa­n aparteid.’

“Wilayah Rakhine adalah lapangan jenayah. Ia berlaku sebelum kempen kekejaman tentera yang kini berlarutan selama tiga bulan,” kata Pengarah Kanan Penyelidik­an Amnesty, Anna Neistat.

Pihak berkuasa Myanmar‚ menyisihka­n lelaki, wanita dan kanak-kanak Rohingya untuk diperhamba­kan dalam sistem aparteid yang tidak berperikem­anusiaan, tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia