Berita Harian

50 maut, pengebom serang masjid di Nigeria

-

Kano: Sekurang-kurangnya 50 orang maut semalam apabila pengebom meletupkan diri dalam sebuah masjid di timur laut Nigeria, kata polis dalam serangan dipersalah­kan ke atas militan Boko Haram.

Letupan berlaku ketika solat Subuh di Masjid Madina di Unguwar Shuwa, Mubi terletak kira-kira 200 kilometer dari Yola, ibu negeri Adamawa.

“Setakat ini kita mempunyai sekurang-kurangnya 50 mangsa maut dalam serangan di sebuah masjid di Mubi.

“Sejumlah mangsa lain turut cedera, namun kami tidak mempunyai jumlah buat masa ini kerana mangsa dibawa ke beberapa hospital berasingan untuk rawatan.

Sertai jemaah lain

“Pengebom menyertai jemaah lain ketika waktu solat, dia masuk ke masjid bersama-sama jemaah lain sebelum meletupkan diri ketika jemaah sedang bersolat,” kata jurucakap polis wilayah Adamawa, Othman Abubakar.

Ditanya mengenai siapa yang bertanggun­gjawab, Abubakar berkata:

“Kita tahu corak serangan. Kami tidak mengesyaki sesiapa secara khusus namun kami tahu siapa dalang serangan seperti itu.”

Serangan itu menyamai modus operandi Boko Haram, militan Islam yang mana pemberonta­kannya mengakibat­kan sekurangku­rangnya 20,000 maut dan lebih 2.6 juta penduduk terpaksa menjadi pelarian sejak 2009.

Angkara Boko Haram

Ketua agensi pengurusan bencana Adamawa, Haruna Furo dan pengerusi kerajaan tempatan utara Mubi, Musa Hamad Bello masing-masing mengesahka­n serangan itu.

Pegawai perkhidmat­an kecemasan lain menyifatka­n serangan meninggalk­an kesan amat memusnahka­n.

Seorang penduduk yang tinggal berhampira­n masjid, Abubakar Sule berkata, beliau baharu saja pulang ke rumah ketika letupan berlaku.

“Saya berada di lokasi ketika operasi menyelamat dijalankan dan 40 orang maut di tempat kejadian. Sejumlah mangsa lain dibawa ke hospital sama ada dengan kecederaan parah atau serius.

“Bumbung masjid musnah. Penduduk berhampira­n masjid mengatakan pengebom meletupkan diri ketika solat Subuh hampir selesai dan dia berada di kalangan jemaah. Jelas ini kerja Boko Haram,” kata Sule.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia