Berita Harian

Seri pastikan Man United mara

-

Basel: Manchester United hanya memerlukan keputusan seri untuk menjuarai Kumpulan A Liga Juara-juara apabila bertandang ke Switzerlan­d bertemu FC Basel awal pagi esok.

Skuad kendalian Jose Mourinho sudah memenangi keempat-empat perlawanan sebelum ini, dibolosi hanya sekali, tetapi mereka berdepan pasukan yang turut layak sekiranya menang – dengan syarat CSKA Moscow tewas kepada Benfica.

United masih dibelenggu masalah kecederaan di benteng pertahanan selepas Phil Jones dan Eric Bailly tidak diturunkan ketika kemenangan 4-1 ke atas Newcastle United Sabtu lalu.

Basel tanpa Xhaka

Dengan gandingan berkenaan masih belum pasti akan kembali cergas, Mourinho meletakkan Victor Lindelof dan Chris Smalling ketika berdepan Magpies.

Sementara itu Basel akan turun tanpa kelibat pemain tengah Taulant Xhaka yang digantung perlawanan.

Pada pertemuan di Old Trafford September lalu, United menang 3-0 ke atas Basel dan dilihat tidak berdepan kesukaran untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata pada aksi di tempat lawan kali ini.

Bagaimanap­un United perlu berhati-hati memandangk­an rekod di Switzerlan­d sebelum ini menyaksika­n mereka disingkirk­an oleh Basel daripada saingan pada musim 2011/12.

Romelu Lukaku dan Paul Pog ba yang kembali menemui sentuhan serta Zlatan Ibrahimovi­c yang sudah pulih daripada kecederaan menjadi sandaran United dalam misi di Basel kali ini.

 ??  ?? Lukaku
Lukaku

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia