Berita Harian

Jaringan Izquierdo bantu Brighton ikat Stoke

-

Brighton: Jose Izquierdo membantu Brighton mengutip satu mata apabila bangkit dua kali untuk mengikat Stoke City 2-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), kelmarin.

Stoke dua kali mendahului permainan, kali pertama menerusi jaringan Eric Maxim Choupo-moting dan gol kedua oleh Kurt Zouma, namun Brighton kendalian Chris Hughton bangkit mengikat kedudukan hasil jaringan Pascal Gross serta Izquierdo.

“Apabila anda ketinggala­n dua kali, anda perlu menunjukka­n karakter dan kami berjaya,” kata Hughton.

“Kami perlu realistik. Kami menentang pasukan dengan pemain lebih baik. Kalau anda tidak boleh menang, sekurang-kurangnya anda tidak perlu kalah.”

Belum tewas

Keputusan seri itu menyaksika­n Brighton kini belum tewas dalam lima perlawanan berturut-turut buat kali pertama di liga divisyen utama England sejak kali terakhir pada Mac hingga April 1983.

Stoke terlebih dulu membuka jaringan pada minit ke-28 selepas hantaran Xherdan Shaqiri disudahkan Choupo-moting sebelum Gross mengikat kedudukan pada minit ke-44.

Stoke mendahului 2-1 di penghujung babak pertama apabila Zouma meledak gol kedua buat pelawat namun Izquierdo memastikan kedua-dua pasukan berpuas hati dengan satu mata apabila meledak gol penyamaan pada babak kedua.

“Brighton tidak mencipta banyak peluang jadi kami kecewa dengan jaringan yang mereka peroleh,” kata pengurus Stoke City, Mark Hughes.

“Apapun, ia sudah cukup baik untuk satu mata di tempat lawan.”

 ??  ?? Izquierdo dikerumuni rakan sepasukan selepas meledak gol penyamaan ketika menentang Stoke City, kelmarin.
Izquierdo dikerumuni rakan sepasukan selepas meledak gol penyamaan ketika menentang Stoke City, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia