Berita Harian

‘Coutinho perlu kekal di Anfield’

-

Seville: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp tidak akan membiarkan tonggak utamanya seperti Philippe Coutinho terlepas ke tangan Barcelona yang belum berputus asa mendapatka­n khidmat pemain itu.

Pendahulu La Liga itu berusaha keras sepanjang jendela perpindaha­n musim lalu untuk mendapatka­n khidmat pemain Brazil berkenaan namun usaha mereka berakhir dengan kegagalan apabila The Reds meletakkan harga 200 juta Euro (RM973 juta) ke atas Coutinho.

Bercakap pada sidang media menjelang aksi Liga Juara Juara bertemu Sevilla, Klopp nyata tidak terkesan dengan sebarang laporan daripada media Sepanyol yang menyatakan Barcelona Pengurus Liverpool akan kembali dengan tawaran baharu pada jendela perpindaha­n Januari nanti.

“Saya tidak risau. Satu saja peluang untuk kami berjaya iaitu dengan memiliki pemain yang baik dalam pasukan. Kami perlu memastikan mereka terus kekal di sini dan tidak berpindah ke mana-mana pasukan.

Juara Kumpulan E

“Jika mereka masih mahu pergi ke pasukan lain, mereka mungkin ada alasan lain tetapi itu bukan masalah saya ketika ini kerana perjalanan masih lagi panjang. Ini pasukan yang kami ada sekarang dan kami mahu mencipta seberapa banyak kejayaan.”

Pada masa sama, Liverpool akan mengesahka­n tempat selaku juara Kumpulan E jika mereka berjaya menundukka­n Sevilla dalam pertembung­an buat kali ketiga antara kedua-dua pasukan itu.

Anak buah Klopp tewas di tangan kelab Sepanyol itu pada final Liga Europa 2016 dan terikat 2-2 di Anfield hasil jaringan penyamaan minit akhir Joaquin Correa.

“Anda tidak boleh memilih di mana anda boleh dapatkan mata pada aksi peringkat kumpulan. Perlawanan menjadi lebih penting ketika aksi peringkat kumpulan semakin menghampir­i penghujung­nya.

“Semua orang tahu jika kami tidak dibolosi pada aksi pertama itu, situasi akan bertambah baik buat kami.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia