Berita Harian

Superkip hitung nasib 2018

- Oleh Sukhairi Thani

Kuala Lumpur: Namanya tenggelam pada musim Moto2 2017, namun peluang masih ada buat Khairul Idham Pawi membuktika­n sesuatu untuk musim keduanya tahun depan bersama pasukan Idemitsu Honda Team Asia.

Bekas juara Moto3 di Grand Prix (GP) Argentina dan Jerman 2016 itu menggunaka­n sepenuhnya musim 2017 untuk menimba pengalaman dan memahami jentera Moto2 berkuasa 600cc.

Khairul atau dikenali sebagai SuperKIP, hanya mengumpul 10 mata untuk berada di tangga ke-27 keseluruha­n kelas pertengaha­n itu dengan pencapaian terbaiknya di GP Republik Czech (ke-14) dan kelapan di San Marino.

Apa pun, pelumba berusia 18 tahun itu hanya tiga kali gagal menamatkan perlumbaan daripada 18 pusingan musim ini - sekali gus membuktika­n dia mampu mencari keputusan lebih baik tahun depan.

Akan lakukan yang terbaik

“Syukur kerana saya masih menjadi sebahagian daripada pasukan untuk musim 2018,” kata pelumba kelahiran Kampung Gajah, Perak itu.

“Saya akan melakukan yang terbaik bersama pasukan untuk mencari keputusan lebih baik.

“Saya percaya, saya masih boleh memperting­katkan corak tunggangan bersama bekas pelumba ujian, (Hiroshi) Aoyama yang menyertai pasukan selaku pengurus.”

Bagi musim depan, Khairul Idham juga akan berganding­an dengan rakan sepasukan baharu dari Jepun, Tetsuta Nagashima yang menggantik­an Takaaki Nakagami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia