Berita Harian

Selangor intai separuh akhir

Anak buah Ikmal perlu menang ke atas Johor, hari ini

- Oleh Saiful Affendy Sapran

Selangor mencerahka­n peluang untuk merebut tiket ke separuh akhir kejohanan hoki Piala Razak Wanita selepas menang 2-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan kedua Kumpulan B, semalam.

Kemenangan itu cukup penting buat anak buah Ikmal Abdul Jabbar selepas sekadar seri 1-1 dengan Melaka pada perlawanan pertama.

“Memang perlawanan ini cukup penting kerana kami memerlukan kemenangan. Sebenarnya Selangor boleh bermain dengan lebih baik lagi.

“Kami akan bertemu Johor pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan hari ini dan sudah tentu kami mahukan kemenangan.

Perlu kerja lebih keras

“Yang pasti setiap pemain perlu bekerja lebih keras jika mereka mahu beraksi di separuh akhir,” kata Ikmal.

Selangor kini memimpin Kumpulan B dengan mengumpul empat mata selepas dua perlawanan.

Pada perlawanan di Stadium Hoki Kuala Lumpur semalam, pemain kebangsaan, Siti Rahmah Othman meletakkan ATM di depan pada minit ke-26 menerusi pukulan sudut penalti.

Namun Selangor bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-38, selepas Fatin Shafikah Mahd Sukri menyempurn­akan pukulan penalti.

Seminit kemudian, Raja Norsharina Raja Shabuddin menambah gol kedua hasil pukulan sudut penalti.

Dalam saingan Kumpulan A, Terengganu juga mencerahka­n peluang ke separuh akhir selepas menewaskan Indonesia 2-0.

Auni Athika Ghani menjaringk­an gol pada minit ke-53 untuk meletakkan Terengganu di depan sebelum Siti Azlinda Atan mengesahka­n kemenangan dengan gol kedua hasil jaringan padang dua minit sebelum tamat aksi.

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Fatin Shafikah (kiri) dan Nur Insyurah Efffarizal (kanan) mengasak pemain ATM, Juliani Mohamad Din di Stadium Hoki Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Fatin Shafikah (kiri) dan Nur Insyurah Efffarizal (kanan) mengasak pemain ATM, Juliani Mohamad Din di Stadium Hoki Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia