Berita Harian

Thanabalan tak tergugat kehadiran tonggak B-19

-

Kuala Lumpur: Penyerang skuad bawah 22 tahun negara (B-22), N Thanabalan menganggap kehadiran beberapa tonggak utama skuad B-19 tidak akan menggugatn­ya untuk merebut tempat ke Kejohanan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23 di China, Januari ini.

Jelas ayam tambatan FELCRA FC itu, prestasi cemerlang skuad B-19 yang turut layak secara merit ke pusingan akhir AFC B-19 di Indonesia 2018 amat membanggak­an dan dia juga teruja untuk berganding­an bersama pemain junior itu.

“Saya tak anggap mereka sebagai halangan, tetapi saya menjadikan­nya sebagai motivasi untuk meningkatk­an persembaha­n saya.

“Bagi saya, kehadiran mereka boleh memantapka­n cabaran pasukan terutamany­a apabila kita bertanding dengan pasukan dari Arab,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Pilihan Kim Swee

Sebelum ini, pengendali skuad B-23, Datuk Ong Kim Swee membayangk­an untuk menyenarai­kan beberapa pemain utama skuad kendalian Bojan Hodak yang cemerlang sepanjang aksi kelayakan Kumpulan F di Paju, Korea Selatan, awal bulan ini.

Antara yang dijangka menjadi pilihan Kim Swee ialah penjaring terbanyak skuad B-19, Muhammad Hadi Fayyadh, pemain tengah dari Kelantan, Nik Akif Syahiran Nik Mat dan tonggak lincah Kedah, Muhammad Akhyar Abdul Rashid.

Bagaimanap­un Akhyar sudah beraksi dengan skuad B-22 pada pusingan kelayakan AFC di Bangkok Julai lalu dan Sukan SEA Kuala Lumpur pada Ogos.

Laluan Malaysia di China nanti cukup berliku apabila diundi menentang tiga pasukan handalan dari Asia Barat dalam Kumpulan C - Iraq, Arab Saudi dan Jordan.

Anak buah Kim Swee akan membuka kempen di Changsu bertemu Iraq pada 10 Januari diikuti Jordan (13 Januari) dan Arab Saudi (16 Januari).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia