Berita Harian

PBSNT ‘korbankan’ T-team

- Oleh Faizul Azlan Razak

Desas-desus melanda bola sepak di negeri ini akhirnya terjawab apabila kerajaan negeri kekal dengan keputusan melakukan penjenamaa­n semula membabitka­n dua pasukan, Terengganu dan T-team musim depan.

Lima pasukan baharu berada di bawah pengawasan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) - Terengganu FC I (TFCI) akan beraksi di Liga Super, TFC II (Liga Perdana), TFC III (Piala Presiden), TFC IV (Piala Belia) dan TFC V (Piala KPM Bawah 17 Tahun).

Keputusan itu dicapai dalam Kongres Tahunan PBSNT dipe- ngerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, semalam.

Ahmad Razif yang juga Presiden PBSNT berkata, pihaknya melakukan perubahan itu demi memajukan sukan bola sepak di Terengganu.

Skuad pelapis

Beliau berkata, T-team yang dibubarkan dan dikenali sebagai TFCII akan menjadi kelab pelapis kepada TFCI apabila dibarisi pemain kelahiran Terengganu.

“Musim depan, hanya satu pasukan iaitu TFCI di bawah bimbingan ketua jurulatih merangkap pengurus pasukan, Irfan Bakti Abu Salim akan beraksi dalam kancah Liga Super.

“TFCII yang dibarisi anak Terengganu akan menjadi kelab pelapis kepada TFCI yang beraksi di Liga Perdana,” katanya selepas kongres itu.

Pada kongres itu, Ahmad Razif mengumumka­n peruntukan RM50,000 kepada ahli gabungan PBSNT iaitu Persatuan Bolasepak Daerah yang sebelum ini hanya menerima RM5,000 setahun.

Beliau menegaskan, penstruktu­ran dan penjenamaa­n semula pasukan bola sepak akan mengurangk­an kos perbelanja­an yang ditanggung terhadap dua pasukan utama itu sebelum ini.

“Kami hanya ada satu pasukan terkuat yang dibarisi pemain hebat iaitu TFCI beraksi di Liga Super dan sasaran kami sekurang-kurangnya mahu memastikan pasukan ini menjulang satu piala musim depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia