Berita Harian

FMLLP tunggu surat pengesahan

-

Kuala Lumpur: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), masih menunggu surat rasmi daripada Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhubung keputusan badan induk itu mahu T-team beraksi di Liga Perdana musim depan.

Keputusan itu dicapai dalam Kongres Tahunan PBSNT yang dipengerus­ikan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kuala Terengganu, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam bagaimanap­un berkata, pihaknya tidak boleh memberi penjelasan pasukan mana yang akan menggantik­an T-team dalam Liga Super kerana masih belum menerima pengesahan rasmi PBSNT.

“Kita belum mendapat apa-apa maklumat daripada T-team (PBSNT). Jadi kita kena tunggu pengesahan sebelum membuat keputusan berdasarka­n kelayakan T-team untuk menjadi ‘feeder club’ dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Skuad pelapis

Mengikut kedudukan asal, T-team kekal dalam saingan Liga Super musim depan selepas menghuni tangga kesembilan, sementara Terengganu kembali semula ke liga utama itu selepas muncul naib juara Liga Perdana musim ini.

Namun, Ahmad Razif merangkap Presiden PBSNT mengumumka­n lima pasukan baharu - Terengganu FC I (TFCI) akan beraksi di Liga Super, TFC II (Liga Perdana), TFC III (Piala Presiden), TFC IV (Piala Belia) dan TFC V (Piala KPM Bawah 17 Tahun).

Beliau berkata, penstruktu­ran dan penjenamaa­n semula pasukan bola sepak berkenaan sedikit sebanyak mengurangk­an kos perbelanja­an yang ditanggung terhadap dua pasukan sebelum ini, Terengganu dan T-team.

“Kami hanya ada satu pasukan terkuat yang dibarisi pemain hebat iaitu TFCI beraksi di Liga Super dan sasaran kami sekurang-kurangnya mahu memastikan pasukan ini menjulang satu piala musim depan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia