Berita Harian

JDT intai pemain import isi kuota Asia: Prest

- Oleh Rizar Mohd Noor

Johor Bahru: Selepas Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz menyertai semula Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan, skuad itu kini mengintai seorang pemain untuk mengisi kuota import Asia.

Perkembang­an itu dinyatakan Pengarah Sukan JDT, Martin Prest yang merancang untuk membawa masuk seorang pemain dari Asia dan pemain naturalisa­si bagi mengharung­i Liga Malaysia serta aksi kelayakan Liga Juara-juara Asia (ACL), Januari depan.

“Kami akan membawa masuk dua pemain luar negara yang akan mengisi kuota Asia.

“Seorang lagi pemain naturalisa­si dan mereka akan menandatan­gani kontrak untuk menyertai JDT. Kami akan mengumumka­n kedua-dua pemain itu kepada penyokong JDT,” katanya.

Sebelum ini, Prest mengesahka­n khidmat import dari Argentina, Gabriel Guerra dan Gonzalo Cabrera tidak disambung untuk musim depan.

Hariss kembali

Skuad itu tidak berdepan masalah melengkapk­an kuota ASEAN selepas Hariss Harun yang dipinjamka­n ke kelab Liga Singapura, Home United selama semusim akan kembali bersama JDT.

Selain Hariss, benteng pertahanan JDT akan kembali mendapatka­n semula khidmat Marcos Antonio yang semakin pulih daripada kecederaan, ketika beraksi pada perlawanan menentang Perak dalam saingan liga.

JDT juga sudah mengikat Adam Nor Azlin (Selangor) dan Syamer Kutty Abba (Pulau Pinang) bagi mengimbang­i antara pemain berpengala­man dan muda skuad juara Piala AFC 2015 itu.

 ??  ?? Adam Nor Azlin
Adam Nor Azlin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia