Berita Harian

Skuad ganti Kedah jadi tanda tanya

- Oleh Zulfaizan Mansor

Kuala Lumpur: Pasukan mana yang akan beraksi dalam saingan Piala Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) tahun depan kini menjadi persoalan.

Ia susulan Pahang menolak pencalonan sebagai pasukan kedua Liga Malaysia (Liga M) untuk bersaing dalam kejohanan peringkat Asia itu.

Bagaimanap­un, keputusan kini terletak di tangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menamakan pasukan bagi mengisi slot itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam menjelaska­n pihaknya tiada kuasa untuk menentukan pasukan yang akan dipilih selepas JDT.

FAM tentukan

“Segala keputusan menamakan pasukan untuk ke kejohanan itu hanya boleh ditentukan oleh FAM dan FMLLP tiada kuasa untuk membuat keputusan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

JDT mengesahka­n tempat ke Piala AFC tahun depan selepas muncul juara Liga Super dan slot kedua sepatutnya menjadi milik Kedah yang menjuarai Piala FA tahun ini.

Namun, kegagalan Kedah mendapatka­n lesen AFC menyaksika­n FAM menamakan Pahang yang juga naib juara Liga Super sebagai pengganti tempat skuad Helang Merah.

Pahang bagaimanap­un membuat kejutan apabila menolak tawaran FAM dengan alasan mahu memberi fokus sepenuhnya kepada saingan liga tempatan.

Keputusan mengejut Pahang itu turut menimbulka­n persoalan pasukan mana yang akan mengiringi JDT ke kejohanan itu.

Difahamkan hanya pasukan dalam kelompok enam teratas Liga Super yang boleh menyertai Piala AFC dengan FELDA United di kedudukan ketiga, Kedah (keempat), Perak (kelima) dan Selangor (keenam).

 ??  ?? FELDA United berada pada kedudukan ketiga Liga Super musim lalu seleps JDT dan Kedah.
FELDA United berada pada kedudukan ketiga Liga Super musim lalu seleps JDT dan Kedah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia