Berita Harian

‘Kuota lima import untungkan kelab kaya’

Annuar bidas polisi FMLLP tambah jumlah awang import

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Tan Sri Annuar Musa menyifatka­n kuota lima pemain import bagi setiap pasukan Liga Super musim depan menjejaska­n keseimbang­an pasukan yang bersaing.

Annuar berpendapa­t, dasar Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) itu hanya akan memberi kelebihan kepada pasukan yang tidak mempunyai masalah kewangan, namun sebaliknya memberi tekanan kepada pasukan yang berbelanja kecil.

Katanya, penambahan itu bakal memperliha­tkan hanya lima pemain tempatan yang beraksi dalam sesuatu perlawanan, selebihnya pasukan akan mengharapk­an khidmat awang ímport.

“Dasar itu akan terus memberi kelebihan kepada pasukan kaya dan memberi tekanan kepada pasukan miskin.

“Ini bermakna, daripada 10 pemain berlari atas padang, hanya lima pemain tempatan beraksi. Tiga daripadany­a kemungkina­n pemain posisi pertahanan dan yang lain terutama penyerang akan didominasi pemain import,” katanya menerusi entri terbaharu di Facebookny­a, kelmarin.

Boleh daftar lima import

Pada masa sama, Annuar mendakwa dasar yang dilaksanak­an bagi menentukan corak pertanding­an liga bola sepak negara dilihat hanya didominasi FMLLP.

“Saya tidak pasti apakah dasar baharu ini sudah dilulus Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) serta dipersetuj­ui badan gabungan (Persatuan Bolasepak Negeri) atau FMLLP begitu berkuasa melaksanak­an semuanya,” katanya.

Bekas Timbalan Presiden FAM ini menegaskan, isu kuota baharu pemain import ini akan menjejaska­n peluang pemain tempatan mempamerka­n kemampuan dan memperliha­tkan peraturan ‘Financial Fair Play’ (FFP) semakin tersasar dalam liga utama bola sepak tempatan.

“Saya tidak fikir ini baik untuk masa depan bola sepak Malaysia. Ruang semakin sempit untuk pemain tempatan, kos mengendali pasukan Liga Super menjadi semakin tinggi dan jurang antara pasukan kaya dan miskin menjadi luas. FFP semakin jauh dari Liga Super nampaknya,” katanya.

Terdahulu, BH melaporkan FMLLP kini membenarka­n pasukan Liga Super mendaftark­an lima pemain import termasuk seorang daripada Asia Tenggara (ASEAN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia