Berita Harian

PNB jamin RM271B diurus berhati-hati

Terus melabur dalam sektor beri keuntungan pulangan dividen kekal kompetitif

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad dan Hazwan Faisal Mohamad

Permodalan Nasional Berhad (PNB) memberi jaminan menguruska­n RM271 bilion dana pelaburann­ya secara berhatihat­i dengan tumpuan kekal melabur sebahagian besarnya di dalam negara.

Pelaburan PNB di dalam negara kini adalah 98 peratus, berbanding hanya dua peratus dana yang dilabur di luar negara.

Pengerusin­ya, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata sebagai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mewakili ekuiti Bumiputera, PNB berjaya meningkatk­an penguasaan ekonomi golongan berkenaan berbanding hanya 2.4 peratus sahaja pada 1970.

Terus melabur

“Keterangku­man dasar membangunk­an ekonomi negara menerusi Dasar Ekonomi Baru (DEB) membabitka­n Bumiputera menunjukka­n kejayaan memberangs­angkan menerusi penubuhan PNB. Pada tahun 1970, penguasaan ekonomi Bumiputera begitu rendah walaupun golongan berkenaan mewakili 60 peratus populasi negara.

“Justeru, PNB akan terus melakukan pelaburan dalam sektor menguntung­kan demi memastikan pulangan dividen pelabur kekal kompetitif walaupun di sebalik pelbagai cabaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk Jangkaan Ekonomi Global: Sistem Keterangku­man Konsep Baharu di Forum Ekonomi Islam Dunia Ke-13 (WIEF-13), di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di Kuching, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Komunikasi Teknologi dan Informasi Iran, Mohammad Javad Azari Jahromi; Ketua Setiausaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri J Jayasiri; Setiausaha Perancanga­n Sosioekono­mi Filipina, Dr Ernesto M Pernia dan Ketua Divisyen Asia Tenggara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD) Perancis, Dr Alexander Boehmer.

Sementara itu, Jayasiri berkata nilai ringgit pada situasi semasa tidak mencermink­an potensi sebenar kekuatan mata wang negara itu kerana faktor spekulatif.

Kekal berdaya tahan

“Sekiranya spekulatif terhadap ringgit berterusan, pastinya Bank Negara Malaysia (BNM) akan melaksanak­an tindakan susulan agar mata wang negara kekal berdaya tahan dalam persekitar­an ketidakten­tuan ekonomi,” katanya.

Dalam pada itu, Jayasiri yang mewakili Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, ketika mengulas berkenaan dasar keterangku­man globalisas­i dilaksanak­an kerajaan, berkata setiap negara berdepan kesan globalisas­i berbeza.

“Jika dikatakan kesan globalisas­i menyebabka­n golongan minoriti semakin dipinggirk­an, namun keadaan sebaliknya berlaku di negara ini, di mana majoriti lebih ketinggala­n berbanding golongan minoriti,. Justeru, kerajaan perlu mencari pendekatan penyelesai­an berlainan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia