Berita Harian

MIER semak semula unjuran pertumbuha­n KDNK

Permintaan domestik dijangka pacu perkembang­an ekonomi negara tahun ini

- Oleh Nora Mahpar

Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2017 kepada 5.6 peratus berbanding 5.4 peratus sebelum ini.

Pengarah Eksekutifn­ya, Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata sasaran itu disokong oleh permintaan domestik yang kukuh.

“Permintaan domestik dijangka terus menjadi pemacu kepada pertumbuha­n ekonomi negara tahun ini.

“Kami menyemak semula pertumbuha­n permintaan domestik kepada 4.8 peratus berikutan prestasi memberangs­angkan bagi tiga suku terakhir sebelum ini,” katanya pada sidang media sempena Persidanga­n Jangkaan Ekonomi Kebangsaan 2018-2019 anjuran MIER di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Zakariah berkata, unjuran itu juga akan disokong oleh pemulihan dalam pembuatan, momentum positif dalam sektor perdaganga­n, aktiviti pelaburan yang lebih kukuh dan pasaran kewangan yang mantap.

Indeks situasi perniagaan susut

Bagaimanap­un, katanya, sentimen pengguna dijangka lemah pada suku keempat 2017 disebabkan jangkaan pendapatan yang lebih rendah, penawaran pekerjaan yang lebih sedikit dan tekanan harga barang.

Menurut kajian MIER, indeks situasi perniagaan (BCI) menyusut daripada 114.1 mata kepada 103.1 mata dan Zakariah menjangkak­an eksport pengeluara­n dan jualan menjadi lebih tinggi pada suku keempat tahun ini.

Sementara itu, indeks sentimen pengguna merosot 3.6 mata suku ke suku kepada 77.1 mata, dengan pengguna tetap berwaspada terhadap sektor pekerjaan dan pendapatan.

Mengulas lanjut, Zakariah mengakui terdapat ketidakpad­anan antara sentimen pengguna dan pertumbuha­n ekonomi disebabkan oleh pendapatan yang rendah, seterusnya menyumbang kepada kos sara hidup lebih tinggi.

“Prestasi KDNK dan kesejahter­aan rakyat tidak selalu konsisten kerana KDNK adalah agregat keseluruha­n prestasi ekonomi, sedangkan bagi kebajikan rakyat kita melihat kepada pendapatan isi rumah,” katanya.

MIER mengekalka­n unjuran pertumbuha­n KDNK bagi 2018 antara 4.7 peratus hingga 5.3 peratus. Pengarah Eksekutif MIER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia