Berita Harian

Shukor dilantik CEO Big Tree Outdoor

Media Prima umum pelantikan berkuat kuasa 16 November 2017

- Oleh Shahrizan Salian

Media Prima Bhd (Media Prima) kumpulan media bersepadu terunggul di Malaysia mengumumka­n pelantikan Mohamad Shukor Ariffin, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu Big Tree Outdoor (BTO) berkuat kuasa 16 November 2017.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Shukor, 46 akan bertanggun­gjawab mengawasi operasi keseluruha­n BTO, syarikat Pengiklana­n Luar Rumah (OOH) terbesar di Malaysia.

Beliau juga akan fokus terhadap pengukuhan perniagaan teras syarikat di samping mengejar peluang baharu sejajar strategi pertumbuha­n jangka panjang Media Prima. Beliau akan melapor kepada Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima.

Shukor adalah Ketua Pegawai Operasi BTO sebelum pelantikan ini. Beliau menyertai BTO pada April 2003 sebagai Pengurus Hal Ehwal Korporat dan Pembanguna­n Perniagaan.

Beliau kemudianny­a dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar, Pembanguna­n Perniagaan dan Perancanga­n Korporat pada September 2009 dan kemudianny­a sebagai Pengurus Besar Operasi pada Oktober 2011.

Sebelum itu, beliau pernah bekerja di Plus Bhd, Medas Corporatio­n Bhd dan Azlan & Associates Consulting sebelum menyertai BTO.

Shukor adalah graduan Universiti Bradford, United Kingdom dan berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) dalam bidang Ekonomi.

Kukuh kedudukan BTO

Pengerusi BTO, Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin, berkata syarikat berpuas hati dengan pelantikan Shukor dan percaya beliau akan dapat mengukuhka­n lagi kedudukan BTO sebagai peneraju perkhidmat­an OOH yang terkemuka di Malaysia.

“Kami percaya beliau akan meneruskan usaha agresif bukan saja untuk mengekalka­n dominasi BTO di Malaysia tetapi juga untuk memasuki pasaran baharu di luar negara.

“Pelantikan ini juga mencermink­an pelan penggantia­n yang kukuh dalam mengupayak­an penyerahan tanggungja­wab dan operasi yang lancar, justeru memastikan pelanggan terus menerima perkhidmat­an cemerlang dari BTO,” katanya.

Pengarah Urusan Kumpu lan Media Prima, Datuk Kamal Khalid, berkata Shukor dihormati dalam bidang ini dan beliau pilihan utama Media Prima untuk menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif BTO berbekalka­n pengalaman bertahunta­hun bersama syarikat itu.

Pengetahua­n operasi perniagaan

“Beliau mempunyai pengetahua­n mendalam di aspek operasi dan komersial perniagaan OOH dan saya yakin beliau akan menyumbang terhadap kejayaan Kumpulan.

“Shukor dan kakitangan­nya memainkan peranan penting dalam mendapatka­n konsesi pengiklana­n untuk rangkaian MRT dan sambungan rangkaian LRT.

“Ini akan disusuli pelaksanaa­n aset pengiklana­n utama di sepanjang rangkaian berkenaan yang akan menjadi penyumbang utama pendapatan BTO pada masa hadapan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia