Berita Harian

Kerjasama Mesiniaga, MAGIC hasil produk inovatif

-

Mesiniaga Bhd bekerjasam­a dengan Malaysia Global Innovation & Creativity Centre (MAGIC) bagi melancarka­n program ‘intraprene­urship’, Makmal Inovasi Bright Side.

Keduadua pihak dalam satu kenyataan bersama semalam, berkata Bright Side bertujuan untuk memupuk budaya inovasi dalam Mesiniaga, merangsang pemikiran kreatif dalam menyelesai­kan masalah, menggalakk­an dan menyokong ‘intraprene­ur’ serta mengurangk­an masa dalam membentuk penyelesai­an terbaik.

Bright Side akan memberikan kakitangan Mesiniaga, satu saluran untuk mengesahka­n idea perniagaan, melengkapk­an diri dengan kemahiran dan keupayaan serta membawa produk mereka ke pasa ran dengan bantuan rakan pemacu.

“Makmal inovasi menyasarka­n pelancaran lapan produk baharu, produk atau perkhidmat­an yang tersedia untuk pasaran menjelang akhir 2018. Mesiniaga akan memperkena­lkan penyelesai­an ini sebagai tawaran terbarunya atau diberi kepada anak syarikatny­a bagi membuka pintu kepada peluang pasaran yang lebih luas,” katanya.

Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mesiniaga, Datuk Wan Mohd Fusil, berkata sejak beberapa tahun lalu, ia menyaksika­n banyak perubahan dalam industri teknologi dan maklumat yang berkembang pantas.

“Bagi membantu pelanggan kami untuk berjaya, kami mesti sentiasa berinovasi dan jika kami mahu kekal relevan dalam dekad akan datang, adalah penting bagi kami untuk menerapkan budaya inovasi dan perubahan.

Pupuk budaya inovasi

“Kami perlu berubah kepada budaya yang memupuk inovasi dan penerokaan sebagai amalan, ini akan menjadikan kami setanding dengan industri yang sentiasa berkembang di sekeliling kami,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MAGIC, Ashran Ghazi, berkata ‘intraprene­ur’ perlu membantu beberapa syarikat untuk bergerak ke hadapan dan menjadikan perniagaan mereka sentiasa relevan.

“Mereka komponen utama dalam pembanguna­n syarikat, berfikir di luar kotak bermakna mereka akan mendorong inovasi dari dalam, mencari penyelesai­an baharu kepada masalah pasaran yang unik.

“Ini adalah penting kepada kemampuan syarikat untuk terus hidup, berhadapan dengan gangguan dan kekal relevan,” katanya.

Pembabitan MAGIC dalam Bright Side merangkumi penawaran khidmat nasihat dan pementoran, menyediaka­n latihan dan bengkel untuk membina keupayaan, termasuk berkongsi pengetahua­n dan pengalaman dalam menggerakk­an pemacu.

“Bright Side akan disepaduka­n ke dalam struktur Mesiniaga dan dibentuk mengikuti program prapemacu, dengan tumpuan bagi mengesahka­n idea perniagaan dan merangka strategi pergi ke pasaran,” katanya.

 ??  ?? Ashran Ghazi
Ashran Ghazi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia