Berita Harian

IJM bina menara pejabat RM500 juta di TRX

-

IJM Corporatio­n Bhd akan melabur kirakira RM500 juta untuk membina menara pejabat di Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur.

Susulan itu, satu perjanjian jual dan beli saham dimeterai semalam, yang menyaksika­n IJM membeli ekuiti keseluruha­n Fairview Valley Sdn Bhd, anak syarikat TRX City Sdn Bhd yang membina bangunan komersial binaan khas setinggi 27 tingkat itu.

TRX City adalah pemaju induk TRX, wilayah kewangan antarabang­sa khusus pertama Malaysia.

“Bangunan pejabat itu yang diperakui penarafan emas oleh LEED serta bergred A, dibina di kawasan seluas 0.48 hektar dengan keluasan lantai kasar kira-kira 560,000 kaki persegi. Ia akan menjadi ibu pejabat baharu bagi operasi Prudential di Malaysia dengan menempatka­n semua perniagaan insurans hayat dan pengurusan aset Prudential di bawah satu bumbung.

Siap Disember 2018

“Bangunan yang sedang dibina itu dijadualka­n siap pada Disember 2018 dan memperoleh penyewa bagi 84 peratus kawasan boleh sewa bersihnya. Menara komersial itu berada di lokasi stategik berhampira­n pintu masuk pejalan kaki utama TRX dari kawasan Bukit Bintang,” menurut IJM dalam satu kenyataan, semalam.

LEED adalah program persijilan bangunan hijau yang diiktiraf pada peringkat antarabang­sa dengan sistem penarafan bagi reka bentuk dan pembinaan bangunan paling hijau di dunia, iaitu yang paling cekap tenaga dan bangunan paling berprestas­i tinggi.

Bahagian pembinaan IJM iaitu IJM Constructi­on Sdn Bhd, bertanggun­gjawab melaksanak­an pembinaan menara pejabat itu, termasuk kerja-kerja substruktu­r dan super struktur.

Bangunan berciri moden kontempora­ri itu menggabung­kan elemen tradisiona­l Malaysia “tengkolok di-raja” (pelindung kepala raja-raja Melayu), dibina khas untuk menyokong keperluan pelbagai perniagaan Prudential, menurut IJM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia