Berita Harian

Malaysia jadi pusat ekosistem Wechat

Tencent rancang lancar aplikasi awal tahun depan

-

Rangkaian sosial dan permainan terbesar China, Tencent Holdings, semakin hampir menjadikan Malaysia sebagai negara luar pertamanya untuk melancarka­n ekosistem aplikasi Wechat.

Tencent yang berjaya mendapatka­n lesen e-pembayaran bagi transaksi tempatan di Malaysia, merancang melancarka­n ekosistem itu awal tahun hadapan, kata Naib Presiden Kanannya, S Y Lau dalam satu temu bual.

Peralihan Tencent yang berpangkal­an di Shenzhen, syarikat senaraian awam paling bernilai di Asia mengatasi pesaingnya, Alibaba Group itu adalah berikutan langkahnya meneroka peluang pertumbuha­n di luar China.

“Malaysia sebenarnya adalah pasaran yang agak besar di mana kita memiliki 20 juta pengguna Wechat, potensi besar dan pasaran yang menerima produk internet dari China,” kata Lau.

Asia Tenggara yang memiliki lebih 600 juta penduduk dan beberapa negara memiliki ekonomi yang berkembang pesat, menjadi destinasi penting kepada syarikat teknologi China untuk diterokai.

Etnik Cina membentuk lebih satu perlima daripada populasi Malaysia.

Perluas jejak global

Wechat Pay dan Alibaba’s Alipay, yang menguasai pasaran pembayaran digital China berusaha untuk memperluas­kan jejak globalnya, walaupun kepada perkhidmat­an pembayaran terhad kepada pelancong di luar China.

Ia boleh mengimbas dan membayar untuk pembelian di 34 negara atau kawasan melalui Alipay dan 13 melalui Wechat Pay, demikian menurut syarikat berkenaan.

Syarikat induk Alipay, Ant Financial memeterai usaha sama dengan tujuh pasaran bagi perkhidmat­an pembayaran digital tempatan yang mana diuruskan secara bebas di bawah perkongsia­n jenama.

Alibaba dilihat ingin membangunk­an sistem pembayaran global, sementara Tencent lebih berminat dalam menjana trafik bagi Wechat - dua strategi berbeza, kata beberapa bank dan pelabur.

Platfrom e-dagang

Wechat memiliki lebih banyak pengguna, namun Alipay secara agregat memiliki jumlah transaksi yang lebih besar, demikian menurut, John Hall daripada JP Morgan.

Dalam satu lagi nota pelabur mengatakan Wechat Pay juga boleh memproses transaksi besar jika ia menggunaka­n platform e-dagang.

Satu cabaran kepada Tencent, kata penganalis­is adalah kejayaanny­a di China tidak dapat diperluask­an dengan mudah ke pasaran lain.

Tencent juga tidak tergesa-gesa mengembang­kan operasi di luar negara atau meningkatk­an kadar mencairkan aset digital, kata Lau.

“Kami melakukan dengan keupayaan kami sendiri dan secara jujurnya, masih ada banyak ruang untuk dilakukan di China,” katanya.

Wechat, yang melonjak daripada aplikasi mesej kepada platform satu dalam semua dengan 980 juta pengguna aktif bulanan, mungkin mampu menjadi ‘produk pembunuh’ bagi menerajui pengembang­an di luar negara, kata Lau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia