Berita Harian

Isuzu Hicom teroka aspek mesra alam

-

Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd (IHM) mahu menyesuaik­an diri dengan keperluan dan teknologi baharu untuk terus relevan dan berdaya saing dalam industri automotif.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Taizo Nakahigash­i, berkata tumpuan utama syarikat adalah dalam aspek mesra alam dan keselamata­n, yang bakal memainkan peranan penting bagi memastikan jenama itu kekal sebagai pengeluar trak paling laris di Malaysia.

“Kami sedang membuat perubahan langkah demi langkah dalam peraturan kami dan menjangkak­an industri automotif akan lebih baik tahun hadapan,” katanya ketika ditemui selepas majlis meraikan 10 tahun Isuzu Hicom di Malaysia, di Pekan, semalam.

Yang turut hadir, ialah Pengerusi Isuzu Motors Limited Jepun, Susumu Hosoi dan Pengarah Urusan Kumpulan Drb-hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar.

Nakahigash­i juga yakin dengan komitmen Isuzu untuk meneruskan kejayaan kilang IHM di Pekan, yang mempunyai kapasiti maksimum 16,000 unit setahun.

“Kilang IHM di Pekan adalah satu-satunya kilang Isuzu di dunia yang berkongsi kemudahan pemasangan dengan menghimpun­kan beberapa model termasuk trak pikap dan trak komersial serta kini mempunyai seramai 661 tenaga kerja,” katanya.

Kualiti tahan lasak, jimat minyak

Beliau turut mengakui bahawa ciri-ciri utama produk bertanggun­gjawab menaikkan nilai kenderaan Isuzu dan menjadi faktor utama pelanggan beralih kepada jenama berkenaan.

“Produk Isuzu sudah lama terkenal dari segi kecekapan dan keyakinan daripada pengguna. Pelanggan kami sedar bahawa kualiti utama produk kami adalah tahan lasak, boleh dipercayai dan menjimatka­n bahan api membolehka­n mereka mengurangk­an kos operasi tanpa perlu menafikan aspek prestasi atau ketahanan.

“Ketika semua orang cuba untuk menjimatka­n wang, kenderaan Isuzu menawarkan pelanggan dengan penyelesai­an pengangkut­an yang terbaik. Kami yakin dalam tempoh 10 tahun akan datang akan terus kekal sebagai pengeluar trak yang paling dikenali di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Hosoi berkata, Malaysia adalah satu daripada pasaran penting untuk Kumpulan Isuzu dengan menghasilk­an kenderaan yang terbukti boleh dipercayai dan tahan lama.

“Jenama Isuzu sudah diterima dengan baik oleh rakyat Malaysia, ini dibuktikan dengan kejayaan besar mencapai pasaran nombor satu dalam kategori trak selama tiga tahun berturut-turut. Ini juga usaha semua kakitangan di IHM yang berdedikas­i untuk menghasilk­an kualiti produk yang stabil dan berkualiti tinggi,” katanya.

 ?? [ FOTO SHAHRINNAH­AR LATIB /BH ] ?? Nakahigash­i (lima dari kanan) bersama Hosoi (empat dari kanan) dan Syed Faisal pada majlis meraikan 10 tahun Isuzu Hicom di Malaysia di Pekan, Pahang.
[ FOTO SHAHRINNAH­AR LATIB /BH ] Nakahigash­i (lima dari kanan) bersama Hosoi (empat dari kanan) dan Syed Faisal pada majlis meraikan 10 tahun Isuzu Hicom di Malaysia di Pekan, Pahang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia