Berita Harian

Sabah diminta sedia pelan atasi sekolah daif

Peruntukan RM1 bilion patut disalur baik pulih infrastruk­tur, penyediaan kelas, rumah guru

- Oleh Suzianah Jiffar dan Ryan Stanley

Kerajaan negeri diminta mengkaji, seterusnya menyediaka­n pelan tindakan konkrit ba mana isu sekolah daif di Sabah dapat diselesaik­an secepat mungkin.

Datuk Samsudin Yahya (BNSekong), berkata walaupun kerajaan Pusat menyediaka­n peruntukan RM1 bilion bagi membaiki sekolah daif di Sabah menerusi Bajet 2018, jumlah itu masih rendah daripada yang diperlukan.

Mengambil contoh di kawasannya, beliau berkata, masih banyak sekolah perlu diberi perhatian kerana ada yang dibina sebelum merdeka dan masih digunakan hingga sekarang.

“Berikutan itu, saya juga mencadangk­an agihan peruntukan itu digunakan bagi membaik pulih infrastruk­tur sekolah daif, termasuk penyediaan kelas, rumah dan rumah guru,” katanya membahaska­n Bajet 2018 pada persidanga­n DUN Sabah, semalam.

Samsudin turut mencadangk­an peruntukan RM1 bilion dalam Bajet 2018 itu dapat disalurkan terus kepada kerajaan negeri dan jabatannya seperti Pejabat Pendidikan Daerah.

“Ini bagi membolehka­n pengurusan projek penambahba­ikan dan menaik taraf dapat dilaksanak­an lebih berkesan. Kita tidak mahu ada birokrasi sana sini kerana ini melambatka­n hasrat membina atau membaik pulih sekolah berkenaan,” katanya.

Mini UTC

Sementara itu, beliau meminta Ke menterian Kewangan negeri dan Persekutua­n serta Unit Perancanga­n Ekonomi Sabah supaya mempercepa­tkan pembukaan mini Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di Sandakan.

“Kita difahamkan pembukaan mini UTC di Sandakan telah ada dalam perancanga­n sebelum ini, namun agak mengecewak­an apabila hingga kini belum ada tanda ia akan beroperasi,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata, pedalaman Sabah tidak akan berhadapan masalah bekalan air bersih dan elektrik jika Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) melaksanak­an tugas dengan cemerlang ketika diterajui bekas menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, antara 2009 hingga 2015.

“Kalaulah KKLW ini telah berjalan dengan baik seperti dinyatakan Ahli Parlimen Semporna yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, kenapa masih ada masalah air dan elektrik di Sabah.

“Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman beberapa kali ketika beliau (Ahli Parlimen Semporna) itu masih berada dalam kerajaan, berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kepemimpin­an Persekutua­n sambil memaklumka­n bahawa KKLW tidak pernah memberitah­u kerajaan negeri mengenai perancanga­n mereka di Sabah,” katanya Adun-sekong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia