Berita Harian

Penjawat awam diingat jangan mudah terpedaya

Pelawaan makan malam, percutian ditaja cuma helah

- Oleh Sandra Albertz

Kerajaan negeri memberi amaran kepada kakitangan awamnya agar tidak menerima pelawaan seperti makan malam di hotel mewah atau mengikuti percutian ditaja pihak tertentu bagi mengelak integriti mereka tercemar.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip, berkata tindakan menerima pelawaan seumpama itu dibimbangi dibuat bagi tujuan mengumpan kakitangan terbabit agar melakukan tindakan ‘membalas budi’ mereka semula pada masa depan.

“Pelbagai cara akan digunakan pihak tertentu bagi meng goda kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri bagi merosakkan integriti, termasuk mengajak keluar makan di hotel mewah atau keluar mengikuti percutian bersama mereka, jadi saya beri amaran agar elak menerima pelawaan sebegini bagi menjaga integriti

Berisiko tinggi

“Amaran ini perlu diberi perhatian buat kakitangan yang bertanggun­gjawab menguruska­n hal berkaitan kewangan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Minggu Integriti Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak (CENTEXS) 2017, di Rampangi, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Talib berkata, kakitangan awam adalah sektor berisiko tinggi diberi godaan berbentuk wang bagi tujuan penyelewen­gan sekiranya mereka mengambil mudah taktik licik perasuah.

“Jika berani ambil, kamu (penjawat awam) boleh me makai baju kuning keorenan yang diberi pakai selepas ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Beliau berkata, sambutan majlis minggu integriti adalah kaedah terbaik bertujuan memberi ingatan kepada penjawat awam agar sentiasa mementingk­an unsur integriti.

“Kita sebagai manusia ka dangkadang lupa amanah dan tanggungja­wab diberikan. Pelaksanaa­n minggu integriti perlu dilihat sebagai peringatan yang bermanfaat demi kelancaran pembanguna­n jabatan dan agensi kerajaan negeri,” katanya.

 ?? [ FOTO SANDRA ALBERTZ / BH ] ?? Talib (tengah) menyaksika­n pelatih dan kakitangan CENTEXS berikrar mengamalka­n integriti di Majlis Pelancaran Minggu Integriti CENTEXS 2017.
[ FOTO SANDRA ALBERTZ / BH ] Talib (tengah) menyaksika­n pelatih dan kakitangan CENTEXS berikrar mengamalka­n integriti di Majlis Pelancaran Minggu Integriti CENTEXS 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia