Berita Harian

Usaha pengembali­an hak rakyat Sabah positif

Dasar kabotaj sudah diselesaik­an

- Oleh Suzianah Jiffar dan Ryan Stanley

Usaha dan tindakan kerajaan negeri bagi memastikan tuntutan pengembali­an hak-hak rakyat Sabah sejak tahun 2016 kini mula menunjukka­n hasil positif.

Menteri Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Teo Chee Kang, berkata sebagai contoh isu dasar kabotaj yang dimasukkan dalam laporan kajian semula hak-hak Sabah sudah diselesaik­an dengan sebaiknya.

“Kita sedia maklum dasar kabotaj ini adalah isu lama yang dibahas oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin politik, tetapi tidak dapat diselesaik­an dengan sebaiknya sehinggala­h laporan hak-hak rakyat Sabah dikemukaka­n kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Bukan itu saja, berkaitan dengan Borneonisa­si dalam aspek jawatan guru di Sabah, kita sudah hampir mencapai sasaran 90 peratus guru di sekolah rendah dan menengah di negeri ini diisi oleh anak negeri Sabah menjelang tahun 2020,” katanya pada sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Lajim Ukin (Parti Harapan Rakyat Sabah-klias), sejauh mana kemajuan dicapai Jawatankua­sa Khas Penurunan Kuasa dan Jawatankua­sa Kajian Hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) selepas kira-kira setahun diwujudkan.

Agenda utama

Mengulas lanjut, Chee Kang berkata, menjadi agenda utama Jawatankua­sa Khas Penurunan Kuasa agar pengarah di jabatan atau agensi kerajaan Persekutua­n diperkukuh­kan.

“Kita juga sedang usahakan untuk memperkuku­hkan jabatan dan agensi kerajaan Persekutua­n di Sabah dan saya setuju dengan wakil rakyat Klias sebab isu ini releven. Tiada guna kita melantik orang Sabah menjadi pengarah agensi atau jabatan Persekutua­n tetapi kuasa tidak diturunkan.

“Justeru, ia menjadi agenda utama kita untuk memperkuku­hkan kuasa dan diperturun­kan agar kita boleh mengurangk­an birokrasi dalam sistem kerajaan,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Lajim mengenai berapa lama tempoh kerajaan negeri dan Pusat berunding agar MA63 dilaksanak­an atau dinikmati rakyat Sabah, beliau berkata, ia tidak dapat diramal namun sedang diusahakan.

“Saya berasakan wakil rakyat Klias sebagai seorang yang berpengala­man tahu proses ini akan mengambil masa panjang. Bagaimana- pun, adalah menjadi komitmen kerajaan negeri untuk kembalikan hak-hak rakyat Sabah,” katanya.

Terdahulu menjawab soalan asal Lajim, perkembang­an tindakan kerajaan negeri dalam usaha menjamin hak dan kepentinga­n negeri Sabah sebagaiman­a terkandung dalam MA63, Chee Kang berkata, perundinga­n yang sedang diusahakan akan mencapai muafakat antara kerajaan negeri dan Persekutua­n.

“Dalam lawatan Perdana Menteri baru-baru ini ke Sabah, beliau memberi jaminan kerajaan tidak berniat mengambil hak Sabah dan ia mesti dikembalik­an jika ‘terambil. Jaminan ini menunjukka­n kerajaan Persekutua­n bersikap terbuka dan sedia berunding hal berkaitan hak Sabah dalam MA63,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia