Berita Harian

UPSR hanya komponen PPSR

Mulai tahun ini penilaian murid Tahun Enam tidak lagi fokus kepada akademik berdasarka­n keputusan UPSR tetapi pencapaian secara holistik

- Oleh Fadzlena Jafar, Ridzuan Yop dan Irwan Shafrizan Ismail

Komponen lain Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) ialah Pentaksira­n Bilik Darjah, Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m serta Pentaksira­n Psikometri­k

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) yang akan diumumkan, esok.

Tiga lagi komponen ialah Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD), Pentaksira­n Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulu­m (PAJSK) serta Pentaksira­n Psikometri­k (Ppsi).

Menjelaska­n pembaharua­n itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata penilaian murid mulai tahun ini tidak lagi memfokuska­n kecemerlan­gan akademik sahaja, tetapi turut melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.

“Setiap murid memiliki keunikan tersendiri dan tidak sematamata jumlah A diperoleh dalam peperiksaa­n.

“Selain pencapaian akademik, yang lebih penting adalah pembanguna­n karektor murid,” katanya pada taklimat media di sini, semalam.

Bantu guru sedia pelan pembelajar­an

Menerusi PBD, pentaksira­n dibuat ketika pengajaran dan pemudahcar­aan (Pdpc) dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksira­n (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajar­an murid.

Pentaksira­n ini dibuat bagi membantu guru untuk menyediaka­n pelan pembelajar­an bagi setiap murid menggunaka­n pelbagai jenis instrumen.

PAJSK pula akan mentaksir murid melalui penilaian SEGAK, iaitu Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan, Indeks Jisim Badan (BMI) bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan, selain mengambil kira penyertaan/pencapaian sukan pada pelbagai peringkat.

Murid juga ditaksir dalam kokurikulu­m dan ekstra kokurikulu­m iaitu penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform serta pembabitan secara sukarela pada semua peringkat.

Ppsi lihat kecenderun­gan murid

Ppsi pula untuk melihat kecenderun­gan murid dalam bidang yang diminati seperti bidang muzikal, lingustik, logik matematik dan visual ruang.

Ppsi untuk Murid Berkeperlu­an Khas (MBK) dibuat menerusi Pentaksira­n Alternatif Sekolah Rendah (PASR), iaitu mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksira­n bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.

Amin berkata, murid UPSR akan menerima empat slip PPSR yang mengandung­i maklumat pencapaian dalam semua komponen berkenaan.

Beliau berharap perubahan itu dapat mengembali­kan Pdpc yang menyeronok­kan bagi membolehka­n guru mengajar tanpa tekanan.

“Menerusi pendekatan ini, tiada lagi perbanding­an mengikut negeri dan daerah. Gred Purata Sekolah (GPS) dan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) yang dilihat menjadi bebanan kepada guru juga dihapuskan,” katanya.

Mengenai kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Amin berkata, permohonan secara dalam talian sudah ditutup dan murid yang ingin memohon sekarang perlu menjalani satu lagi ujian khas.

 ??  ?? Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran
Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran
 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Amin menunjukka­n buku laporan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 ketika sidang media di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Amin menunjukka­n buku laporan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 2013-2025 ketika sidang media di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia