Berita Harian

35 HILANG RM1.6 JUTA DITIPU AGENSI TAWAR PAKEJ HAJI VIP

PPIM mahu kerajaan kawal selia pihak swasta guna visa khas FURADA

- Oleh Syed Azwan Syed Ali dan Fatin Nasuha Remle

Seramai 35 individu kerugian RM1.6 juta, apabila ditipu agensi pelanconga­n berpusat di Shah Alam, Selangor, menerusi Pakej Haji Orang Kenamaan (VIP).

Semua mangsa termasuk seorang yang kerugian lebih RM200,000 sepatutnya berlepas ke tanah suci pada Ogos lalu, tetapi terkandas kerana masalah visa dan isu penerbanga­n.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata mereka dijanjikan oleh syarikat terbabit akan mendapat visa khas haji (FURADA) secara terus daripada Arab Saudi, namun terkandas di lapangan terbang kerana tiada visa.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengawal selia pakej haji pihak swasta yang kononnya menggunaka­n visa khas FURADA.

Katanya, kerajaan perlu menghentik­an pakej haji melalui visa yang tidak dikawal Tabung Haji (TH) itu bagi mengelakka­n penipuan.

“Kena ada penyelaras­an. Siapa sahaja yang nak pergi haji, apa jenis visa sekali pun, kena selaras. Perlu juga ada suruhanjay­a kawal selia haji (menggunaka­n visa khas FURADA),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas 35 mangsa penipuan Pakej Haji VIP di sini semalam.

Yang hadir sama Penasihat PPIM, Brig Jen (B) Datuk Husainay Hashim.

Agensi tiada lesen pengelola jemaah

Wakil PPIM dalam Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU), Dr Mazlina Abu Bakar, pula berkata, siasatan awal pihaknya mendapati agensi terbabit tidak mempunyai lesen pengelola jemaah haji dan lesen umrah.

Bagaimanap­un, katanya, pelaksanaa­n pakej haji melalui visa khas FURADA oleh syarikat swasta itu, tidak dikawal selia dan tidak memerlukan lesen berkenaan.

“Ia tidak tertakluk kepada sistem Tabung Haji,” katanya menegaskan pelaksanaa­n pakej haji melalui visa khas FURADA itu perlu dikawal selia oleh TH atau dikawal selia oleh MKSU seperti umrah.

Rugi RM226,200

Kakitangan badan berkanun, Hamiza Mohd Noor, 50, berkata beliau kerugian RM226,200 (pakej untuk empat individu) kerana ditipu syarikat terbabit yang sehingga kini gagal dihubungi.

Katanya, beliau meletakkan kepercayaa­n kepada syarikat terbabit apabila pemiliknya yang bergelar haji, memberitah­u boleh menguruska­n pakej haji VIP pada Ogos lalu dengan menggunaka­n visa khas itu.

“Saya memasukkan RM100,000 dua kali pada 20 dan 22 Jun 2017 kerana pakej haji kami sepatutnya berlepas pada 27 Ogos lalu tetapi apabila ada masalah, mereka minta Tabung Haji uruskan.

“Bagaimanap­un, pada 28 Ogos lalu, kami tak dapat berlepas ke Makkah kerana masalah penerbanga­n. Bila kami hubungi pemilik syarikat terbabit, mereka kata itu bukan urusan mereka,” katanya.

Setiap mangsa kerugian sekurang-kurangnya RM50,000 bagi bayaran deposit. Sehingga kini, tiada wang mereka belum dipulangka­n dan mangsa membuat laporan polis.

 ??  ??
 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Nadzim (duduk dua dari kanan) bersama sebahagian mangsa penipuan Pakej Haji VIP pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Nadzim (duduk dua dari kanan) bersama sebahagian mangsa penipuan Pakej Haji VIP pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia