Berita Harian

MOU RM10.37 bilion dimeterai pada WIEF-13

Malaysia mampu jadi 20 kuasa ekonomi dunia pada 2050: PM

- Oleh Hardi Effendi Yaacob, Mohd Roji Kawi dan Hazwan Faisal Mohamad

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama dari kiri, Pengerusi Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF), Tun Musa Hitam; Menteri Perancanga­n Pembanguna­n Negara Indonesia, Prof Bambang Permadi Soemantri Brodjonego­ro; Naib Presiden Comoros, Djaffar Ahmed Said Hassani; Ketua Kerajaan Maghribi, Dr Saad Eddine El Othmani; Presiden Republik Tatarstan, Rustam Nurgaliyev­ich Minnikhano­v; Naib Presiden Bank Pembanguna­n Islam, Dr Mohamed Jouini dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Abang Openg pada perasmian WIEF ke-13 di Kuching, semalam.

Malaysia menduduki tempat pertama dalam Petunjuk Ekonomi Global Islam membabitka­n 73 negara di seluruh dunia, kata Datuk Seri Najib Razak.

Kedudukan itu juga jauh mengatasi negara di tempat kedua iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) apabila mendapat markah 50 peratus lebih tinggi.

Perdana Menteri berkata, petunjuk itu adalah sebahagian daripada laporan Keadaan Ekonomi Islamik Global 2016/2017 yang dikeluarka­n oleh Thomson Reuters.

Laporan itu menyebut ekonomi Islamik merangkumi makanan halal, kewangan Islamik, pelanconga­n halal, fesyen sederhana, rekreasi dan media halal, farmaseuti­kal dan kosmetik halal yang diunjurkan mencecah RM12.4 trillion menjelang 2021.

“Laporan itu juga menyebut yang saiz pasaran aset kewangan Islam diunjurkan bernilai RM14.5 trilion pada 2021,” katanya menyampaik­an ucaptama pada Majlis Perasmian Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-13 (WIEF13) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Presiden Republik Tatarstan, Rustam Nurgaliyev­ich Minnikhano­v; Naib Presiden Comoros, Djaffar Ahmed Said Hassani dan Perdana Menteri Maghribi, Dr Saad Eddine El Otmani.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan Pengerusi WIEF, Tun Musa Hitam, turut hadir.

Bertemakan ‘Perubahan Gangguan: Kesan dan Cabaran’, forum edisi ke-13 selepas diasaskan penubuhann­ya oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, memfokuska­n sentimen semasa dalam kalangan negara sedang membangun untuk mendepani Revolusi Industri 4.0.

Prestasi kukuh

Dalam ucapannya, Perdana Menteri juga yakin Malaysia mampu muncul dalam kelompok 20 negara kuasa ekonomi dunia menjelang 2050.

Katanya, keyakinan itu bersandark­an prestasi kukuh ekonomi negara, disokong pelbagai inisiatif diperkenal­kan kerajaan, termasuk Dasar Digital Malaysia (MDP).

“MDP adalah suatu kerangka rumusan yang menjadi asas utama pembanguna­n ekonomi digital negara dalam merealisas­ikan hasrat kita untuk muncul antara 20 negara kuasa ekonomi dunia menjelang 2050.

“Dasar baharu itu juga mampu menyumbang peningkata­n sekurang-kurangnya 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020,” kata Najib yang juga Penaung WIEF.

Perdana Menteri turut berkongsi pelbagai dasar diperkenal­kan Malaysia yang membawa perubahan terhadap sosioekono­mi negara.

2.26 juta peluang kerja

Antaranya, kewujudan 2.26 juta peluang pekerjaan menerusi Program Transforma­si Ekonomi (ETP) yang diperkenal­kannya tujuh tahun lalu, selain menyumbang 50 peratus kepada KDNK dalam tempoh itu.

Katanya, kejayaan itu turut dikagumi banyak negara maju, termasuk kuasa besar ekonomi dunia, dengan ada antaranya menyatakan minat mahu berkongsi pengalaman Malaysia.

“Malah, kita juga berjaya mengurangk­an kadar inflasi secara mendadak daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada tiga peratus tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu bersedia menerima perubahan dalam dasar kerajaan.

“Perubahan harus mendatangk­an kebaikan, bukannya keburukan seperti cuba dilakukan oleh (bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Beliau turut memuji bekas ketuanya, Abdullah yang sentiasa memberikan sokongan terhadap kepemimpin­annya, termasuk pengenalan inisiatif yang membawa manfaat kepada negara dan rakyat.

 ??  ??
 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Najib, Abang Johari dan Musa ketika merasmikan Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-13 (WIEF13) 2017 di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, semalam,
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Najib, Abang Johari dan Musa ketika merasmikan Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-13 (WIEF13) 2017 di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, semalam,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia