Berita Harian

Kerajaan tak buat pusingan U: Johari

Projek sudah diluluskan serta dalam pembinaan boleh diteruskan

- Oleh Nora Mahpar noramahpar@bh.com.my

Kerajaan tetap membekukan pembinaan kondominiu­m dan premis komersial bernilai RM1 juta ke atas bagi mengimbang­i penawaran dan permintaan hartanah di negara ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata kerajaan tidak akan membuat pusingan U dalam keputusann­ya itu dan wujud kekeliruan dalam kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof kelmarin, bahawa pembekuan itu tidak bersifat mutlak.

Beliau berkata, Fadillah menjelaska­n kepadanya bahawa kenyataan beliau merujuk kepada projek yang sudah diluluskan serta dalam pembinaan boleh diteruskan dan kerajaan tidak akan memberhent­ikannya sehingga ia siap dibina.

“Apa Kabinet buat adalah beritahu bahawa akan beku projek kompleks beli-belah, pejabat dan kondominiu­m bernilai RM1 juta ke atas kita hentikanny­a untuk sementara waktu sebelum melihat semula keputusan, bergantung kepada keadaan semasa terutama unit yang tidak terjual.

Jejas sektor perbankan

“Benda ini kalau kita tidak kawal seperti dinasihatk­an Bank Negara Malaysia akan menjejaska­n sektor perbankan, bayangkan mereka dapat pembiayaan tetapi unit dibina tidak mampu dijual, akhirnya bank mengalami kerugian dan lain-lain.

“Setakat ini kita masih dalam keadaan baik, kerajaan cuba menguruska­n serta mengawal tetapi mana-mana projek bawah RM1 juta boleh teruskan kita kenal pasti, permintaan rumah mampu milik sekitar 40 peratus tetapi penawaran sekitar 24 ke 25 peratus, kita mahu mengurangk­an jurang ini,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui selepas merasmikan Persidanga­n Jangkaan Ekonomi Kebangsaan 2018-2019 anjuran Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) di sini, semalam.

Perjelas kenyataan Fadillah

Beliau mengulas kenyataan Fadillah yang dilaporkan media hari ini bahawa projek pembekuan pembinaan kondominiu­m dan premis komersial bernilai RM1 juta ke atas adalah tidak mutlak sebaliknya projek baharu akan tetap diluluskan berdasarka­n kes demi kes.

Mengulas lanjut, Johari berkata, kerajaan masih tidak mendengar mana-mana rungutan daripada pengusaha industri terhadap keputusan yang dibuat Kabinet dua minggu lalu.

Katanya, keputusan itu berkuatkua­sa bagi semua projek di semua negeri.

“Mana-mana yang rasa terkesan mereka boleh datang berjumpa saya dan melihat kes mereka.

“Ia tidak beri kesan kepada ekonomi negara, sektor pembinaan menyumbang empat hingga lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), sekarang pun kita giat bangunkan kemudahan awam,” katanya.

Berhubung perkara berasingan, Johari berkata, kerajaan memerlukan banyak masa sebelum mengumumka­n langkah-langkah dan mekanisme untuk menangani kenaikan harga minyak bagi memuaskan hati semua pihak.

“Bila ada lebihan kita akan gunakan untuk bantu (rakyat), kena ingat pada 2008 harga runcit adalah RM2.70, semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sangat prihatin perkara ini dan mengarahka­n Kementeria­n Kewangan untuk ambil tindakan.

“Apabila minyak di atas RM2.50 kita akan melihat balik dalam tempoh tiga bulan, sebab kalau minggu ini naik RM2.51 dan bulan depan jatuh bawah RM2.50 ia tidak adil,” katanya.

 ?? [FOTO YAZIT RAZALI/BH] ?? Johari (dua dari kiri) merasmikan Persidanga­n Jangkaan Ekonomi Kebangsaan 2018-2019 di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut sama, Ahli Lembaga Amanah MIER, Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali (dua dari kanan), Pengarah Eksekutif MIER, Prof Emeritus Dr...
[FOTO YAZIT RAZALI/BH] Johari (dua dari kiri) merasmikan Persidanga­n Jangkaan Ekonomi Kebangsaan 2018-2019 di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut sama, Ahli Lembaga Amanah MIER, Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali (dua dari kanan), Pengarah Eksekutif MIER, Prof Emeritus Dr...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia