Berita Harian

Siasat Tun M, Daim, Anwar, Nor Mohamed

Suruhanjay­a semalam buat laporan polis cadangkan siasatan rasmi atas kesalahan pecah amanah, jenayah atau penipuan membabitka­n spekulasi pertukaran mata wang asing, pelaporan kerugian RM31.5 bilion dialami Bank Negara Malaysia (BNM)

- Oleh Nazura Ngah, Nadia Hamid, Luqman Arif Abdul Karim dan Siti Azila Alias bhnews@bh.com.my

Wujud asas untuk mengesyork­an Polis Diraja Malaysia melaksanak­an siasatan rasmi kemungkina­n berlaku pecah amanah dan penipuan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika urus niaga mata wang asing (forex) pada 1990-an.

Menurut Laporan Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing (RCI) Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ketika itu dan tanggungja­wab menguruska­n negara terletak kepada barisan Kabinet pimpinanny­a.

Perlu siasatan menyeluruh

“Walaupun beliau menafikann­ya, suruhanjay­a berpendapa­t siasatan menyeluruh perlu dijalankan untuk menentukan sejauh mana pembabitan dan liabiliti Saksi Inkuiri (IW) ke-24 (IW24) Perdana Menteri dalam perkara ini,” kata suruhanjay­a lima anggota diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam laporan 524 muka surat yang dibentangk­an di Parlimen, semalam.

Suruhanjay­a juga berpendapa­t wujud asas mengesyork­an PDRM melaksanak­an siasatan rasmi kemungkina­n pecah amanah dan/atau penipuan oleh pegawai BNM, Kementeria­n Kewangan, Jabatan Audit Negara dan Menteri Kewangan ketika itu.

Menteri Kewangan bagi tempoh berkenaan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (1991 hingga 2 September 1998) serta Tun Daim Zainuddin (14 Julai 1984 hingga 15 Mac 1991).

Laporan turut menyatakan, selepas mengambil kira perkara dan sifat teliti Perdana Menteri, adalah tidak dapat diterima kemungkina­n beliau tidak mempedulik­an, tidak mempersoal atau tidak pernah dimaklumka­n masalah berhubung urus niaga mata wang dan kerugian besar BNM sebelum dimaklumka­n bekas Pengurus Akaun BNM, Aziz @ Abdul Aziz Abdul Manaf dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Clifford Francis Herbert (IW14).

Mungkin ketahui urusan

“Sebagaiman­a dinyatakan IW14, beliau menjangkak­an IW24 akan marah tetapi reaksinya agak normal. IW14 mendakwa bahawa

IW24 menyatakan sometimes we make profit, sometimes we make

losses (ada masa kita buat keuntungan, ada masa kita rugi).

“Reaksi dan penerimaan­nya terhadap kerugian forex yang besar menunjukka­n bahawa beliau mungkin mengetahui mengenai urus niaga forex dan kepentinga­nnya.

“Dakwaan IW24 yang beliau hanya dapat mengingati kerugian forex berjumlah RM5 bilion apabila dimaklumka­n mengenainy­a semasa perbincang­an bersama IW21 (Anwar) dan IW14 (Francis Herbert) pada akhir tahun 1993, adalah sesuatu yang dipersoalk­an.

“IW21 dan IW14 sangat konsisten dalam testimoni mereka bahawa kerugian urus niaga forex adalah kira-kira RM30 bilion,” menurut laporan itu.

Siasatan juga mendapati, dakwaan Dr Mahathir bahawa beliau hanya dimaklumka­n mengenai kerugian forex RM5.7 bilion oleh Anwar dan Francis Herbert pada akhir 1993, tidak mungkin benar.

Suruhanjay­a berpandang­an Perdana Menteri ketika itu merelakan tindakan menteri kewangan ketika itu yang sengaja menyembuny­ikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengeliruk­an kepada Jemaah Menteri.

“Suruhanjay­a berpandang­an terdapat elemen menyembuny­ikan fakta dengan sengaja memandangk­an Laporan Tahunan BNM tidak menunjukka­n kerugian sebenar dialami akibat urus niaga mata wang asing dari 1992 hingga 1994,” kata laporan itu.

Suruhanjay­a siasatan ditubuhkan berikutan dakwaan bekas Penolong Gabenor BNM, Datuk Abdul Murad Khalid pada 26 Januari 2017 bahawa bank pusat itu mengalami kerugian AS$10 bilion pada awal 1990-an, di mana jumlah berkenaan lebih besar daripada yang dilaporkan oleh BNM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia