Berita Harian

Dr Muhammad raih Anugerah Perdana Maulidur Rasul

-

Kuala Lumpur: Pensyarah Pusat Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford United Kingdom, Datuk Dr Muhammad Afifi Al-akiti, diumum penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017.

Beliau menerima wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaa­n.

Anugerah disampaika­n Yang dipertuan Agong, Sultan Muhammad V, pada majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017 di Masjid Wilayah, di sini, malam tadi.

Turut mengiringi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha.

Lapan individu lain pula menerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini.

Mereka adalah Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka, Datuk Yaakub Md Amin; Atase Agama di London, Datuk Wan Mohamad Syeikh Abdul Aziz; bekas Duta Malaysia pertama ke Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Pengerusi Yayasan Murni Aqidah (YMA), Datuk Aidit Ghazali; Pengerusi Eksekutif Internatio­nal Shaariah Research Academy (ISRA), Prof Dr Mohamad Akram Laldin; Penel Pemikir Dakwah Negara, Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin; Ahli Majlis Perundinga­n Islam, Prof Datin Dr Raihanah Abdullah serta penyelidik astronomi, Dr Nur Adlyka Ainul Annuar.

Mereka menerima wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penghar gaan.

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Sultan Muhammad V diiringi Najib dan Ahmad Zahid menyampaik­an Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada Muhammad Afifi pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutua­n, Kuala Lumpur, malam tadi.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Sultan Muhammad V diiringi Najib dan Ahmad Zahid menyampaik­an Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan kepada Muhammad Afifi pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Wilayah Persekutua­n, Kuala Lumpur, malam tadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia