Berita Harian

Bersama pertahan kesucian Islam: PM

Persefaham­an, toleransi tunjang utama kesatuan rakyat berbilang bangsa

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Datuk Seri Najib Razak menyeru umat Islam mempertaha­nkan kesucian agama Islam serta keharmonia­n dan kesefahama­n antara agama yang dibina sejak sekian lama di negara ini.

Perdana Menteri berkata, sikap persefaham­an dan toleransi adalah tunjang utama kepada kesatuan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Katanya, umat Islam perlu menjadikan insiden letupan bom di Masjid Ar-raudhah, Sinai Utara di Mesir yang mengorbank­an 235 nyawa, sebagai iktibar.

“Kita merakamkan ucapan takziah ke atas keluarga mangsa dan mengutuk sekeras-kerasnya pengeboman itu.

“Kita juga akan terus menyuaraka­n sokongan terhadap nasib saudara Islam kita yang ditindas seperti di Palestin dan etnik Muslim di Rohingya.

“Marilah kita berdoa semoga Allah SWT mengurniak­an ketabahan dan keteguhan iman bagi saudarasau­dara kita yang diuji dengan keperitan di mana sahaja mereka berada,” katanya dalam perutusan sempena Maulidur Rasul 1439H/2017M yang dimuat naik dalam blog rasminya, najibrazak.com, semalam.

Perdana Menteri berkata, perpaduan dalam kalangan umat Islam perlu dihayati dan diterjemah­kan sebagai kesatuan yang bermula dengan pembinaan asas dalam institusi kekeluarga­an yang menyemai semangat patriotism­e dalam diri, bertepatan tema Maulidur Rasul tahun ini iaitu Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara.

Istiqamah lakukan transforma­si

“Kita sentiasa istiqamah dalam melakukan transforma­si menuju sebuah negara Islam maju dan progresif menjelang Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang berasaskan Maqasid Syariah serta berpegang kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Sementara itu, Najib turut mengajak umat Islam mencontohi akhlak, sifat dan kepimpinan Nabi Muhammad dalam pelbagai aspek kehidupan, serta mengenang perjuangan­nya dalam menyebarka­n dakwah Islam.

Katanya, umat Islam pada hari ini mesti berpegang teguh dengan seluruh seruan dan akhlak Rasulullah SAW untuk menyelamat­kan dunia yang sedang dihimpit kezaliman dan kerosakan akibat perbuatan manusia yang jauh daripada hidayah Allah SWT.

“Hasil perjuangan dakwah Baginda Rasulullah SAW dan pengorbana­n para sahabat Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan islam pada hari ini.

“Semoga dengan sambutan Maulidur Rasul dan komitmen perpaduan kita, Allah SWT sentiasa merahmati dan memberkati Negaraku yang tercinta dalam mencapai kecemerlan­gan duniawi dan ukhrawi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia