Berita Harian

Kaunter 1 Serve gabung tugas tiga jabatan

Perkhidmat­an setempat di UTC Negeri Sembilan suatu pembaharua­n

- Oleh Ifwan Tun Tuah dan Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

Kerajaan memperkena­lkan kaunter 1 Serve menggabung­kan perkhidmat­an Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) Negeri Sembilan, yang dirasmikan semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kaunter berkenaan yang kali pertama disediakan membolehka­n orang ramai mendapatka­n perkhidmat­an ketiga-tiga agensi berkenaan di satu tempat sahaja.

“Ini adalah pembaharua­n atau kelainan yang diperkenal­kan di UTC Negeri Sembilan.

“Sehingga Oktober lalu, sebanyak 54 juta orang direkodkan mendapatka­n perkhidmat­an di UTC di seluruh negara, membuktika­n kemudahan ini memberi impak besar kepada masyarakat,” katanya berucap merasmikan UTC Negeri Sembilan di Plaza Angsana, Ampangan di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Najib turut mengumumka­n kelulusan untuk projek pembinaan jejantas di UTC berkenaan serta dewan orang ramai di kawasan berhampira­n.

Permudah urusan rakyat

Perdana Menteri Najib berkata, tiada negara lain di dunia mampu menyediaka­n kemudahan seperti UTC dalam usaha untuk mempermuda­hkan urusan rakyat.

“Saya dah tanya rakan (pemimpin negara lain) lain... tiada. Sebab UTC ini sediakan pelbagai perkhidmat­an di bawah satu bumbung yang dibuka setiap hari sehingga jam 10 malam kecuali cuti umum.

“Dua faktor ini yang menjadi tarikan. Saya diberitahu UTC adalah program yang paling disenangi oleh rakyat dan paling berkesan (memudahkan urusan),” katanya.

Beliau berkata, pembinaan UTC Perdana Menteri mengambil kira tiga kriteria utama iaitu pembinaan dengan kos minimum, memberi impak meluas dan disiapkan dalam tempoh singkat.

Katanya, projek UTC Negeri Sembilan di bangunan milik UDA Holdings Berhad (UDA) membabitka­n kos kira-kira RM34 juta kerana tidak memerlukan pembinaan bangunan baharu, membolehka­n kerajaan berjimat lebih RM100 juta.

Kejayaan terserlah

Sementara itu, Najib berkata, banyak kejayaan kerajaan dalam mentadbir negara terserlah, malah membuatkan pembangkan­g kehilangan modal untuk mengkritik atau membuat tuduhan yang boleh mempengaru­hi rakyat.

“Dalam Dewan (Rakyat) barubaru ini pun pembangkan­g tak dapat nak serang, sebab kita pastikan semua dapat (manfaat). Semua orang dapat, tok siak dapat, pesara dapat, golongan pertengaha­n pun dapat penguranga­n cukai, BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) pun akan dapat.

“Ini semua bukti kita kerajaan yang prihatin. Jangan dengar (tuduhan) puak-puak itu, mereka dah tiada modal. Lagi pun dia dah ‘kucar lanar’, perlembaga­an sendiri pun tak boleh nak ikut, macam mana nak mentadbir negara.

“Itu berlaku sebab mereka tiada akar umbi, sedangkan kita ada akar umbi, kita ada penyokong,” kata Najib yang mendapat tepukan gemuruh dan sorakan kira-kira 10,000 hadirin pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Najib ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama kepimpinan akar umbi Barisan Nasional (BN) di sebuah hotel di sini, petang semalam, melancarka­n jentera Pilihan Raya BN Negeri Sembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pertemuan tertutup itu turut disertai Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr Lim Chin Fui dan Pengerusi MIC negeri, Datuk Manickam Letchuman, selain lebih 1,000 ahli serta pemimpin akar umbi BN.

 ?? [FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] ?? Najib bersama Mohamad bergambar di hadapan bangunan baharu UTC Negeri Sembilan di Bangunan Angsana Ampangan Seremban, semalam.
[FOTO HAZREEN MOHAMAD/BH] Najib bersama Mohamad bergambar di hadapan bangunan baharu UTC Negeri Sembilan di Bangunan Angsana Ampangan Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia