Berita Harian

Lebih 90 peratus kawasan hutan ‘terselamat’

-

Kuala Lumpur: Tatacara pengambila­n tanah di bawah permukaan untuk pembanguna­n adalah antara inti pati dipersetuj­ui Majlis Tanah Negara (MTN), hari ini.

Mesyuarat MTN Ke-73 yang dipengerus­ikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, secara keseluruha­n memperakuk­an tujuh kertas pertimbang­an dan enam kertas makluman.

Dokumen yang dikemukaka­n untuk penelitian MTN itu menyentuh beberapa dasar penting berkaitan tanah, perhutanan dan aktiviti perlombong­an di negara ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata tatacara menerusi Peraturan-peraturan Kanun Tanah Negara (Tanah Bawah Tanah) (Kedalaman Minimum) 2017 itu dijangka berkuat kuasa, hari ini.

“Sistem pengambila­n tanah di bawah permukaan ini adalah pemangkin ke arah mencapai status negara maju kerana kita nak uruskan pembinaan rel, laluan kereta api dan pembanguna­n lain secara mapan.

Manfaat pembanguna­n

“Ia juga mencakupi manfaat pembanguna­n kemudahan utiliti seperti dikendalik­an Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang lazimnya mengakibat­kan penerokaan segelintir kawasan hutan,” katanya kepada pemberita, di Bangunan Parlimen, semalam.

Peraturan itu menetapkan bahawa kedalaman minimum mengikut Seksyen 92B Kanun Tanah Negara (KTN) bagi pertanian adalah enam meter, perihal bangunan (10 meter) dan industri (15 meter).

Bagaimanap­un, pihak berkuasa negeri boleh mempertimb­angkan pengecuali­an kedalaman minimum seperti dicadangka­n peraturan berkenaan.

Wan Junaidi berkata, antara manfaat diperoleh daripada pelaksanaa­n peruntukan perundanga­n berkenaan adalah pemelihara­an kawasan hutan daripada diterokai secara berlebihan.

Beliau memberikan contoh pengambila­n kawasan hutan untuk pembinaan Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) membabitka­n jajaran 600.3 kilometer merentasi Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Pada mulanya, jajaran ECRL merekodkan kehilangan kawasan hutan 2,000 hektar, namun kita berupaya kurangkan sehingga 25 hektar,” katanya.

Mengulas persetujua­n lain, Wan Junaidi berkata, kerajaan akan memberikan pengecuali­an royalti terhadap pengeluara­n kayu berasaskan kelapa, pokok getah dan kelapa sawit.

Katanya, langkah serampang dua mata itu dilaksana untuk memajukan industri pengeluara­n kayu alternatif dan menyelamat­kan hutan ditebang secara berleluasa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia