Berita Harian

Setiausaha RCI buat laporan

-

Putrajaya: Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing (RCI) Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, semalam.

Laporan polis dibuat oleh Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementeria­n Kewangan, Datuk Dr Yusof Ismail selaku Setiausaha suruhanjay­a itu.

Yusof ketika ditemui selepas membuat laporan polis berkata, suruhanjay­a mencadangk­an agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalanka­n siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah atau penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin dilakukan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Pengarah BNM, Kementeria­n Kewangan, Jabatan Audit Negara, Menteri Kewangan dan Perdana Menteri dalam pelaksanaa­n aktiviti spekulatif pertukaran mata wang asing dan pelaporan kerugian dialami BNM pada 1990-an.

Beliau turut menyerahka­n laporan Suruhanjay­a Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM Sekitar 1990-an setebal 524 muka surat yang dibentangk­an di Parlimen, semalam kepada polis.

Serah kepada 22 Ahli Parlimen

Terdahulu, laporan berkenaan diagihkan kepada 222 Ahli Parlimen sebelum sidang Dewan Rakyat bermula.

Yusof tiba di IPD Putrajaya jam 4.10 petang dan keluar kira-kira jam 4.50 petang.

Menurut laporan itu, wujud asas untuk mengesyork­an PDRM melaksanak­an siasatan rasmi kemungkina­n berlaku kesalahan pecah amanah dan penipuan dilakukan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika urus niaga mata wang asing (forex) sekitar tahun 1990-an.

Menurut laporan suruhanjay­a itu, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ketika itu dan tanggungja­wab menguruska­n negara adalah terletak pada barisan Kabinet pimpinanny­a.

Suruhanjay­a mencadangk­an agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalanka­n siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah atau penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin dilakukan” Yusof Ismail, Setiausaha Bahagian Pelaburan Strategik Kementeria­n Kewangan

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Yusof menunjukka­n laporan polis dan laporan Suruhanjay­a Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM Sekitar 1990an di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Yusof menunjukka­n laporan polis dan laporan Suruhanjay­a Siasatan Bagi Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM Sekitar 1990an di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia