Berita Harian

Kerugian RM31.5B halang ekonomi berkembang

Jejaskan keupayaan BNM penuhi peranan sebagai bank pusat

-

Kerugian RM31.5 bilion yang ditanggung dalam tempoh 1992 hingga 1994 daripada dagangan tukaran wang asing (forex) menghalang peluang ekonomi negara berkembang dengan lebih pesat.

Laporan Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar Tahun 1990 mendedahka­n kerugian itu juga menjejaska­n keupayaan BNM memenuhi peranannya sebagai bank pusat.

“Oleh itu kerugian forex berkenaan mempunyai kesan yang besar terhadap ekonomi negara,” menurut laporan itu yang dibentangk­an di Parlimen, semalam.

Siasatan suruhanjay­a yang diberi tempoh tiga bulan bermula 15 Julai lalu mendapati BNM me- nanggung kerugian pada tahun 1992, 1993 dan 1994 disebabkan urus niaga forex pada 1990-an.

Tidak meragui laporan

Kesimpulan yang dicapai melalui keterangan saksi dan dokumen disemak suruhanjay­a antaranya, ia tidak ragu mengenai ketepatan laporan siasatan dalaman BNM bertajuk

yang menyatakan dengan jelas bahawa kerugian RM31.5 bilion ditanggung akibat dagangan forex.

“Jumlah kerugian itu selaras dengan kerugian terkumpul sebanyak RM12.35 bilion untuk tahun 1992 yang dinyatakan dalam Internal Audit Report, kerugian RM15.29 bilion untuk 1993 seperti yang dinyatakan dalam surat oleh Ketua Audit Negara dan kerugian RM3.86 bilion untuk 1994 seperti dilaporkan dalam Minit Lembaga BNM ke-438 pada 15 Februari 1995.

Disokong keterangan saksi

“Jumlah kerugian juga disokong oleh keterangan saksi. Penyedia Accounting Treatment Report menegaskan bahawa BNM mengalami kerugian RM31.5 bilion. Penyedian Internal Audit Report mengulangi bahawa jumlah kerugian pada tahun 1992 adalah RM12.35 bilion,” kata laporan itu.

Penemuan itu adalah sebahagian daripada siasatan suruhanjay­a bagi menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga forex yang dialami BNM sekitar 1990-an serta implikasin­ya kepada ekonomi negara.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 13 Oktober lalu.
Keratan akhbar BH 13 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia