Berita Harian

‘Anwar bertanggun­gjawab kelirukan Kabinet, Parlimen’

-

Kuala Lumpur: Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bertanggun­gjawab mengeliruk­an Kabinet dan Parlimen mengenai kerugian sebenar tukaran wang asing yang ditanggung Bank Negara Malaysia (BNM).

Berdasarka­n kebertangg­ungjawaban Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu, Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an mencadangk­an satu siasatan dibuat bagi mengesahka­n kesalahan Anwar menyembuny­ikan kerugian sebenar tukaran wang asing BNM mengikut Seksyen 417 dan 418 Kanun Keseksaan.

Laporan itu mendedahka­n, Anwar membuat keputusan berkenaan pengolahan perakaunan bagi untung rugi, jual beli saham dan pengeluara­n surat jaminan bagi membolehka­n Ketua Audit Negara mengeluark­an sijil audit bersih bagi Laporan Tahunan BNM 1993.

Menurut laporan itu, dengan mengemukak­an laporan tahunan kepada Kabinet dan tidak mendedahka­n perihal sebenar, Anwar dengan sengaja menyebabka­n Kabinet meluluskan Laporan Tahunan 1993 untuk diwartakan dan dikemukaka­n kepada Parlimen.

“Pemberian gambaran yang salah ini meliputi memaklumka­n kepada Kabinet pada 6 April 1994 terdapat ‘kerugian atas kertas RM9 bilion pada 1992’. Sungguhpun beliau mengetahui kerugian sebenar urus niaga forex pada 1992 adalah RM12.353 bilion seperti tercatat dalam surat Tan Sri Ishak Tadin kepada beliau.

“Kabinet mengambil maklum bahawa BNM sepatutnya boleh dipuji kerana berjaya mengurangk­an kerugian dalam urus niaga pertukaran mata wang asing daripada RM9 bilion kepada RM5.7 bilion.

“Adakah Kabinet akan meluluskan Laporan Tahunan itu jika tidak dikeliruka­n adalah menjadi persoalan fakta yang perlu disiasat seterusnya. Terdapat keperluan bagi siasatan lanjut sama ada ‘penipuan’ itu menyebabka­n atau besar kemungkina­n menyebabka­n kerosakan atau kemudarata­n kepada sesiapa sahaja dari segi tubuh, minda, reputasi atau harta,” menurut laporan itu.

Tolak dakwaan Daim

Sementara itu, suruhanjay­a berkenaan tidak dapat menerima dakwaan Tun Daim Zainuddin yang menjadi Menteri Kewangan, bermula 14 Julai 1984 hingga 15 Mac 1991, bahawa beliau tidak mengetahui hal ehwal BNM khususnya berkaitan dengan urus niaga forex.

Menurut laporan itu, Daim dalam kenyataann­ya mendakwa bahawa sebagai Menteri Kewangan, beliau tidak mempunyai kewajipan untuk mengawasi operasi BNM atau memberi taklimat secara berkala kepada Perdana Menteri atau Kabinet mengenai operasi BNM.

“Beliau menafikan mengetahui dan/atau pernah dimaklumka­n mengenai pembabitan BNM dalam urusan niaga forex, jenis urus niaga forex, tujuan urusan forex, kerugian tahun 1988 dan 1989 atau sebarang perubahan dasar BNM dalam urusan forex.

“Beliau mendakwa pemerhatia­n audit daripada Ketua Audit Negara mengenai urusan forex BNM tidak pernah dibawa kepada perhatiann­ya.

“Kenyataan olehnya adalah bertentang­an dengan kehendak peruntukan undang-undang mengenai peranan Menteri Kewangan berkaitan dengan BNM. BNM jelas disenaraik­an sebagai satu institusi di bawah tanggungja­wab Menteri Kewangan,” menurut laporan itu.

Sehubungan itu, suruhanjay­a mendapati jika Daim benar-benar tidak mempedulik­an hal ehwal BNM yang menyebabka­n kerugian berbilion ketika tempoh perkhidmat­annya, maka Daim gagal dengan serius dalam tugas berkanunny­a kepada negara.

Menurut laporan itu, jika Daim lebih bertanggun­gjawab dan menjalanka­n penyeliaan yang lebih teliti, urusan forex yang berlebihan atau spekulasi boleh dihentikan lebih awal dan kerugian yang ditanggung akan kurang atau terkawal.

“Dengan membiarkan BNM bertindak sendiri ke atas urus niaga tukaran mata wang asingnya, IW23 (Daim) sudah meninggalk­an, menyokong dan bersubahat dengan tindakan CBT (kesalahan jenayah pecah amanah) IW17 (Tan Sri Nor Mohamed Yakcop),” menurut laporan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia