Berita Harian

PDRM sedia beri kerjasama

Belum terima laporan rasmi kesalahan pecah amanah, penipuan

-

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan kerjasama terhadap syor Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) Laporan Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) Sekitar Tahun 1990.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata siasatan termasuk kemungkina­n berlaku kesalahan pecah amanah dan penipuan ketika urus niaga mata wang asing (forex) sekitar tahun 1990-an.

Siasat jika ada asas

Bagaimanap­un, beliau berkata siasatan hanya akan dilakukan sekiranya ada asas untuk berbuat demikian, selain polis perlu menyemak laporan penuh mengenainy­a terlebih dahulu sebelum apaapa tindakan lanjut dibuat.

“Kita belum dapat maklumat lengkap, jadi saya pun tidak boleh beri komen lanjut setakat ini. Tak ada juga mana-mana pihak maklumkan saya mengenai perkara ini.

“Jika ada laporan rasmi dan sebagainya nanti, kita akan tengok kemudian. Kita kena tengok fakta dahulu.

“Selepas itu kita akan buat analisa, tengok kalau ada merit yang perlu untuk kita buat siasatan, kita akan siasat. Kalau tak ada asas, macam mana kita nak siasat,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Suruhanjay­a siasatan itu dalam laporan yang dibentangk­an di Parlimen semalam memaklumka­n wujud asas untuk mengesyork­an polis menyiasat kemungkina­n kesalahan pecah amanah dan/atau penipuan dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika urus niaga mata wang asing (forex) sekitar 1990-an.

Laporan itu turut menyebut, Dr Mahathir adalah Perdana Menteri ketika itu dan tanggungja­wab menguruska­n negara terletak pada barisan Kabinet pimpinanny­a.

Suruhanjay­a turut berpendapa­t, wujud asas untuk mengesyork­an PDRM melaksanak­an siasatan rasmi kemungkina­n kesalahan sama, yang kemungkina­n turut dilakukan pegawai BNM, Kementeria­n Kewangan, Jabatan Audit Negara dan Menteri Kewangan yang ketika itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tun Daim Zainuddin.

Jika ada laporan rasmi dan sebagainya nanti, kita akan tengok kemudian. Kita kena tengok fakta dahulu” Mohamad Fuzi Harun, Ketua Polis Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia