Berita Harian

Urus niaga dedah rizab kepada risiko

-

Kuala Lumpur: Urus niaga tukaran wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) bermula penghujung tahun 1980-an hingga 1993 adalah berlebihan dan bersifat spekulatif untuk tujuan keuntungan, sekali gus bercanggah dengan Seksyen 31(a) Akta Bank Pusat (CBO) 1958.

Pendedahan itu terkandung dalam Laporan Suruhanjay­a Siasatan Untuk Menyiasat Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar tahun 1990-an dibentangk­an di Parlimen, semalam.

Laporan menjelaska­n, hujah BNM mengatakan aktiviti berkenaan dilakukan untuk pengurusan rizab tidak boleh diterima kerana jumlah terbabit besar dan bersifat spekulatif untuk mengaut keuntungan.

Letak rizab dalam keadaan berisiko

“Kesimpulan ini dicapai berdasarka­n jumlah yang terbabit sehingga meletakkan rizab bank dalam keadaan berisiko dan bukannya bertujuan untuk melindungi rizab.

“Suruhanjay­a berpandang­an dua pendapat undang-undang daripada Shook Lin & Bok dan Queen’s Counsel tidak membolehka­n sepenuhnya urus niaga forex BNM yang mana mereka menyatakan aktiviti berkenaan dibenarkan selagi ia dilaksanak­an untuk tujuan pengurusan rizab.

“Peguam tidak membuat apa-apa rujukan atau komen mengenai aktiviti dagangan yang dijalankan pada masa itu,” kata laporan berkenaan.

Penemuan itu terhasil daripada siasatan terhadap penentuan sama ada pembabitan BNM dalam aktiviti urus niaga forex yang menyebabka­n kerugian adalah bertentang­an dengan CBO atau mana-mana undang berkaitan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia