Berita Harian

SL1M, Khazanah Nasional bantu graduan dapat kerja

Program dedah pengalaman bekerja, sedia kemahiran pertingkat kebolehpas­aran lepasan universiti

- Oleh Haryani Ngah

Ketika ramai graduan merungut sukar mendapat pekerjaan dan resume dihantar kepada kebanyakan syarikat tidak mendapat maklum balas, nasib berbeza dialami pelatih program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M).

Graduan yang memilih mengikuti SL1M sebaik tamat pengajian mengakui program itu menjadi laluan terbaik untuk mereka memperoleh kerjaya setimpal dengan kelulusan.

Berbanding perlu menunggu masa lama selepas menghantar permohonan kerja melalui cara biasa, mereka yang datang ke Temu Duga Terbuka SL1M akan ditemu duga pada hari sama yang berlangsun­g di pelbagai lokasi termasuk di Sabah dan Sarawak.

Khazanah Nasional Berhad (Khazanah Nasional) adalah antara syarikat yang terbabit dalam pelaksanaa­n program SL1M dan penyumbang terbesar kepada kejayaan program ini.

Bagi bekas pelatih SL1M, Hanis Izzati Mohamed, 25, beliau sama sekali tidak menyangka dapat jawatan sebagai Pengurus Wilayah di syarikat multi nasional pada usia muda sebaik tamat latihan SL1M.

“Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, saya mengambil sahaja peluang yang ada. Apabila diberitahu rakan bahawa Khazanah Nasional ada membuat program SL1M, saya terus memohon.

Pertingkat kemahiran diri

“Pada masa singkat, saya diberitahu berjaya dan kemudianny­a dipanggil menyertai latihan bagi meningkatk­an kemahiran diri untuk tempoh sebulan latihan di dalam kelas dan enam bulan di tempat kerja yang sudah ditetapkan.

“Latihan itu membantu meningkatk­an keupayaan saya. Sebagai graduan kita perlu menunjukka­n kesungguha­n dan semangat kerana ini akan meyakinkan majikan untuk mengambil kita bekerja.

“Menerusi program Khazanah Nasional SL1M-GREEN, laluan saya mendapat kerja menjadi lebih mudah dan bersyukur diperkenal­kan dengan program ini,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Minyak dan Gas daripada Universiti Teknologi MARA (UITM).

Selain itu, lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Sarawak, Nor Khadizah Aliakbar, 26, turut mengakui program Khazanah Nasional SL1M-GREEN berjaya memberikan­nya kerja idaman.

Nor Khadizah berkata, dia tidak mencari pekerjaan pada tahun pertama selepas tamat pengajian kerana menjaga bapanya yang sakit dan membantu menyiapkan projek bapanya yang juga seorang kontraktor.

Selepas bapanya pulih, Nor Khadizah mula mencari pekerjaan dan ramai rakan mencadangk­an dia mengikuti program SL1M.

“Dari Lawas, saya ke Kuching yang mengambil masa tiga jam perjalanan untuk menghadiri temu duga program Khazanah Nasional SL1M-GREEN. Ini kerja pertama yang saya mohon dan bersyukur diterima menjadi pelatih dalam bidang insurans.

“Latihan berakhir pada Oktober lalu dan saya ditawarkan kerja sebagai Pegawai Pemasaran AIA Takaful di Putra & Associates.

Mampu ubah kehidupan

“Kerjaya yang saya ceburi ini berkaitan dengan bidang pengajian. Saya menasihatk­an graduan yang baru tamat pengajian dan belum bekerja supaya tidak membuang masa, sebaliknya hadir ke Temu Duga Terbuka SL1M kerana ia mampu mengubah kehidupan kita,” katanya yang turut melakukan kerja sambilan sebagai jurusolek.

SL1M yang ditubuhkan pada Jun 2011 adalah program kelolaan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri yang dilaksanak­an dengan kerjasasam­a syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat swasta lain.

Ketua Sekretaria­t SL1M, Norashikin Ismail berkata, fokus utama program itu adalah graduan ijazah sarjana muda dan ke atas yang belum bekerja, terutama mereka yang datang dari luar bandar serta berpendapa­tan rendah.

“Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memaklumka­n ada kira-kira 54,000 graduan menganggur ketika ini dan SL1M berperanan membantu mereka mendapatka­n pekerjaan.

“Graduan menyertai SL1M umpama batu permata yang kasar dan mampu bersinar selepas digilap. Kami di SL1M membantu mereka mengatasi masalah dihadapi graduan.

“Kebanyakan graduan menyertai SL1M datang daripada keluarga kurang berkemampu­an. Jadi, kita bantu mereka menerusi latihan dan seterusnya mendapatka­n kerja bersesuaia­n, sekali gus dapat membantu mengubah nasib keluarga,” katanya.

Norashikin berkata, pendedahan pengalaman bekerja ketika menyertai SL1M dan latihan insaniah dapat meningkatk­an kebolehpas­aran graduan serta memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

 ??  ?? SL1M program terbaik bagi graduan memperoleh kerjaya setimpal dengan kelulusan mereka.
SL1M program terbaik bagi graduan memperoleh kerjaya setimpal dengan kelulusan mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia