Berita Harian

Tindakan bersepadu tangani penyeludup­an

Semua agensi berkaitan bergabung kawal perairan negara

- Oleh Ifwan Tun Tuah

Gabungan pelbagai agensi dan jabatan termasuk angkatan tentera akan digunakan dalam usaha mengekang aktiviti penyeludup­an ke perairan negara ini, terutama bersempada­n dengan Indonesia.

Inisiatif itu dilakukan kerana sindiket penyeludup­an sering mengubah modus operandi mereka, sekali gus menjadi satu cabaran besar kepada pasukan penguat kuasa yang mengawal perairan Malaysia.

Setiausaha Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Negeri Sembilan, Tajul Ariffin Muhamad, berkata kerjasama Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan pasukan tentera 1 Briged amat diperlukan ketika ini.

Rondaan di sepanjang pantai

“Di Negeri Sembilan, Maritim Malaysia menjadi lapisan pertama mengawal perairan, manakala pasukan 1 Briged menjadi lapisan kedua yang membuat rondaan di sepanjang pantai terutama kawasan ‘panas’ kegiatan penyeludup­an.

“Semua agensi dan jabatan berkaitan menganggot­ai Jawatankua­sa Kerja Keselamata­n Negeri yang kerap bermesyuar­at untuk menyelaras serta meningkatk­an kerjasama membabitka­n keselamata­n di negeri ini,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Semalam, BH melaporkan sindiket penyeludup­an didalangi warga Indonesia dan tempatan terus aktif membawa masuk rokok secara haram menggunaka­n laluan Selat Melaka di negeri ini dan Selangor, berikutan mendapat permintaan tinggi di Lembah Klang.

Bagi mengeliruk­an pihak berkuasa, sindiket terbabit mula dikesan mengubah taktik di laut termasuk memperlaha­nkan bot pancung dan menggunaka­n khidmat pengendali bot komersial bagi membawa barangan seludup ke lokasi pendaratan.

Langkah itu dilakukan sindiket terbabit beberapa tahun kebelakang­an ini, berikutan kekerapan rondaan Maritim Malaysia yang dibantu radar Sistem Pengawasan Laut Maritim (SWASLA) di perairan berkenaan.

Tajul Ariffin berkata, perubahan taktik oleh sindiket penyeludup berlaku disebabkan keberkesan­an tindakan penguatkua­saan yang sering melakukan rondaan dan pemeriksaa­n di tengah laut.

 ??  ?? Keratan akhbar BH, semalam.
Keratan akhbar BH, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia