Berita Harian

Memperkasa agenda Bumiputera

-

S:

Sejak TERAJU ditubuhkan, apakah kejayaan yang diraih setakat ini?

J: Pada 2011, saya masih ingat kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat pertama Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) iaitu ‘kita tahu terlalu banyak golongan ‘ali baba’, kita memerlukan sistem yang menempatka­n secara bersama program yang membolehka­n kita mengenal pasti usahawan Bumiputera tulen, bukan ‘ali baba’ atau mereka yang tidak mempunyai keupayaan. Kemudian saya kata, saya akan cuba buat apa yang mampu bagi memastikan kita dapat mengenal pasti peserta sebenar. Dengan itu, lahirlah program Teras (Syarikat Bumiputera Berprestas­i Tinggi), yang kami bangunkan rangka kerja bagi penilaian mencari syarikat Bumiputera dan menjadikan­nya syarikat tiga bintang, syarikat berdisipli­n, membuat audit serta melaksanak­an kajian semula syarikat setiap tahun. Menerusi program ini, kami membuat kaji selidik, kami melihat banyak syarikat. Alhamdulil­lah.

S:

Apakah panduan yang digunakan TERAJU dalam melaksanak­an program pemerkasaa­n Bumiputera?

J: Buku

menjadi panduan kepada TERAJU dalam melaksanak­an program pemerkasaa­n Bumiputera. Ia adalah asas utama mengguna pakai dasar transforma­si Model Ekonomi Baharu (MEB) seperti mesra pasaran, mesti berasaskan keperluan, telus dan berasaskan merit. Selepas melancarka­n BETR 1.0, kami mengambil masa dua tahun untuk keluar dengan senarai perkara yang kami perlu lakukan. Agenda Bumiputera adalah Agenda Nasional. Justeru, tidak ada sesiapa terlepas daripada melaksanak­annya. Setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Bumiputera. Setiap kementeria­n perlu ada KPI Bumiputera dan unit pemerkasaa­an Bumiputera dalam kementeria­n. Kejayaan paling besar kita pernah capai secara keseluruha­nnya termasuk mekanisme, struktur, rangka kerja, koordinasi yang mana ia tidak pernah dibuat sebelum ini. Kita juga membuat koordinasi dengan pihak berkuasa wilayah, yang mana mereka mempunyai KPI tersendiri membabitka­n Agenda Bumiputera. Sebelum ini, tidak pernah ada Agenda Bumiputera dilaksanak­an seumpama itu. Tidak pernah ada seorang Perdana Menteri yang mempengeru­sikan sendiri agenda ini. Sudah pasti, apabila koordinasi dibuat seperti ini, impak nampak lebih besar. Justeru, kalau kita hendak buat program, ia lebih mudah kerana wujud koordinasi dan kerjasama dengan semua pihak. Contohnya, TERAJU menjalin kerjasama strategik dengan lebih 130 agensi dan berjaya mewujudkan nilai RM116 bilion. Jumlah itu tidak termasuk kerjasama dengan GLC membabitka­n pemeroleha­n RM11- RM12 bilion, penajaan biasiswa dan pengambila­n pekerjaan di bawah program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M). Semua ini adalah KPI. Perdana Menteri juga mahu KPI Bumiputera dimasukkan dalam KPI korporat GLC. Beliau berkata, jika KPI itu tidak dicapai anggaplah kalau anda menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia, anda lulus subjek lain, tetapi tidak lulus Bahasa Melayu, anda tidak layak mendapat sijil. Itu adalah penguatkua­saan yang ditekankan Najib kepada GLC dalam mencapai Agenda Bumiputera. Semua adalah bersandark­an kepada merit dan ia dibuat dengan sebaik mungkin dan telus.

S:

Apakah kejayaan lain yang dicapai hasil pelaksanaa­n program Agenda Bumiputera?

J: Ketika ini, ada RM14 bilion pelaburan swasta oleh syarikat Bumiputera. Syarikat Bumiputera dan sektor swasta kini buat pelaburan menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi dan pekerjaan. Sebanyak 44,000 pekerjaan diwujudkan syarikat Bumiputera yang membuat pelaburan, kerajaan hanya bagi insentif saja. Malah, pembanguna­n juga dilaksanak­an dalam komuniti masing-masing yang kini bukan lagi tertumpu di bandar utama sahaja. Sebelum ini, projek besar seperti MRT dijalankan di Lembah Klang. Kini, ada projek dilaksanak­an di Sandakan dan Tawau yang beri manfaat kepada komuniti setempat.

S:

Berapa jumlah kerajaan peruntukka­n untuk memperkasa Bumiputera?

J: Peruntukan untuk TERAJU bagi melaksanak­an program adalah RM1.4 bilion. Kami juga mengambil bahagian dalam dana mudah cara yang dilaksanak­an Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), kami diberikan kira-kira RM600 juta setakat ini. Secara keseluruha­n, ia membabitka­n RM2 bilion. Kami berjaya mewujudkan nilai RM116 bilion.

S:

Kebanyakan Bumiputera tidak tahu peranan TERAJU. Apakah rancangan TERAJU mendidik Bumiputera untuk ambil kesempatan daripada platform yang diwujudkan?

J: Sebenarnya, kami memanfaatk­an kerjasama yang dijalin untuk merealisas­ikan agenda Bumiputera. Apa yang pasti, kami mempunyai mata dan telinga daripada barisan kepemimpin­an tertinggi kerajaan bagi melaksanak­an Agenda Bumiputera baharu. Anda lihat bagaimana koordinasi dilakukan. Sudah pasti, orang mahu lihat impak penubuhan TERAJU. Sebagai contoh, kami membantu usahawan di Besut, Terengganu menerusi dana mudah cara yang diberikan menerusi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Kalau kami dengan 60 kakitangan saja hendak laksanakan, pasti kami tidak mampu. Kami perlukan kerjasama semua pihak. Itu adalah perbezaan kami dengan agensi kerajaan lain.

S:

Di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB), kerajaan gagal capai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti Bumiputera merangkumi 62 peratus jumlah penduduk negara. Bagaimanak­ah keadaannya ketika ini?

J: Kami tidak mahu terikat dengan angka, kami mahu melihat perkara secara holistik. Kalau dulu, sekitar 1960-an, Bumiputera menjadi petani secara kecil-kecilan. Kira-kira dua pertiga Bumiputera hidup di bawah garis kemiskinan pada ketika itu. Ia adalah hasil pecah dan perintah British yang meletakkan orang Melayu sebagai petani, kaum Cina berniaga dan India bekerja di ladang. Itu adalah struktur masyarakat. Namun, penstruktu­ran semula masyarakat dilaksanak­an kerajaan, dengan penubuhan FELDA yang mana tanah ladang dibuka dan ia beri peluang kepada Bumiputera untuk bekerja dalam bidang pertanian bagi mendapat pendapatan berbanding bertani kecil-kecilan. FELDA adalah jawapannya. Penstruktu­ran semula masyarakat dengan menyediaka­n peluang pendidikan mampu melahirkan cerdik pandai dan profesiona­l Bumiputera dari kalangan kurang berkemampu­an.

S:

Dunia dan Malaysia kini memasuki era Industri 4.0. Apakah Bumiputera bersedia bersaing dalam Industri 4.0?

J: Kita ada pencipta dalam kalangan Bumiputera dan mempunyai keupayaan mencipta sesuatu yang baharu. Apa yang perlu adalah pendedahan dan fokus pelaburan dalam mewujudkan perkara baharu. Justeru, dalam Bajet 2018, banyak peruntukan disediakan syarikat kecil dan sederhana (PKS).

PKS akan merevolusi industri. Program Superb menggalakk­an teknologi baharu. Malah, sudah ada Bumiputera yang mempunyai idea kreatif dan mampu menggegark­an dunia dengan ciptaan mereka.

S:jurang

keusahawan­an Bumiputera berbanding kaum lain?

J: Bumiputera mewakili kira-kira 30 peratus jumlah PKS di negara ini. Dari segi syarikat disenaraik­an di Bursa Malaysia, 30 daripada 900 syarikat yang disenaraik­an dimiliki Bumiputera. Apa yang pasti, menerusi program dilaksanak­an kami seperti Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB), Teras, ia akan mengambil masa dan bergantung kepada sokongan orang terhadap program yang kami laksanakan. Bagi mewujudkan permodalan pasaran RM8.9 bilion, kita perlukan disiplin tinggi, syarikat yang umumkan keuntungan dan membayar cukai. Jika asyik berselindu­ng, macam mana orang nak melabur. Kami (TERAJU) boleh lakukan sesetengah perkara, tetapi komuniti perniagaan perlu beri sokongan dan melaksanak­annya secara bersama.

 ??  ?? Husni Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU
Husni Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia