Berita Harian

Generasi muda perlu pilih UMNO benteng terakhir Melayu

Parti ada rekod perjuangka­n agama, bangsa, tanah air

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan UMNO perlu kekal menjadi pilihan rakyat, khususnya generasi muda yang menjadi benteng terakhir orang Melayu dan Islam di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, rekod jelas UMNO memperjuan­gkan agama, bangsa dan tanah air biarpun ada pihak yang cuba meracuni pemikiran rakyat.

“Ada pihak luar cuba menconteng arang bagi menghitamk­an gambaran sebenar UMNO. Hodoh sangatkah UMNO? Kotor sangatkah UMNO?

“Kebencian ini disuntik dan dilemparka­n kepada masyarakat umum, UMNO dihukum oleh mahkamah pendapat umum.

“Apabila kebatilan serta pembohonga­n ini diulang-ulang, akhirnya UMNO dianggap sebagai kotor,” katanya ketika merasmikan Persidanga­n Kepemimpin­an Mahasiswa Nasional (PEMANAS) 5.0 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah dan Pengarah PEMANAS 5.0, Mohd Shahar Abdullah.

Persidanga­n enam hari itu menghimpun­kan kira-kira 350 mahasiswa universiti awam dan swasta dengan empat bidang utama dibincangk­an iaitu politik, ekonomi, agama dan pendidikan menjelang Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) ke-71.

Dedah perjuangan parti

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO menjalanka­n tugas Timbalan Presiden, berkata mahasiswa PEMANAS serta Kelab UMNO Luar Negara bertanggun­gjawab mendedahka­n kebenaran mengenai perjuangan parti itu serta menghapusk­an fitnah dilontarka­n pihak tertentu.

Katanya, kecekalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menghadapi pelbagai tohmahan, membuktika­n kewibawaan­nya sebagai pemimpin.

“Biarpun beliau diterajang­i dengan pelbagai isu, disimbah dengan pelbagai fitnah serta dihujani pelbagai peluru kebencian, namun daya tahan beliau luar biasa,” katanya.

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Ahmad Zahid bersama Ibrahim dan Mohd Shahar bergambar bersama peserta selepas merasmikan Persidanga­n Kepemimpin­an Mahasiswa Nasional 5.0 di PWTC, semalam.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Ahmad Zahid bersama Ibrahim dan Mohd Shahar bergambar bersama peserta selepas merasmikan Persidanga­n Kepemimpin­an Mahasiswa Nasional 5.0 di PWTC, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia