Berita Harian

1,000 delegasi dalam, luar negara sertai persidanga­n WIPKL 2017

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 1,000 delegasi dalam dan luar negara akan menyertai persidanga­n antarabang­sa ‘Women in politics Kuala Lumpur 2017 (WIPKL 2017)’ pada 3 dan 4 Disember, sempena Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 (PAU) yang bermula Selasa ini.

Delegasi berkenaan disertai pemimpin parti, ahli politik, rakan dialog, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wakil luar negara termasuk dari Mauritus, Kyrgyztan, Amerika Syarikat, Uganda, Iran, Palestin dan Singapura.

Selain itu, delegasi lain yang sudah mengesahka­n penyertaan­nya adalah dari Turki, Indonesia, Vietnam, Sudan, Maldies, Thailand, Filipina, Laos, United Kingdom, Afrika Selatan dan Australia.

Pengerusi WIPKL 2017, Datuk Nor Hayati Onn, berkata persidanga­n antarabang­sa itu bertemakan Wanita dan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0): Kepimpinan dan Kesamarata­an Substantif (Leadership and Substantiv­e Equality) itu akan diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Tumpu cabaran wanita

“Persidanga­n kali kedua selepas dianjurkan dua tahun lalu memberi tumpuan terhadap peluang dan cabaran pemimpin wanita, era melinium dan Generasi Z, sekali gus mengenal pasti potensi teknologi digital di samping menghapusk­an diskrimina­si kumpulan tertentu menerusi kepimpinan dan perwakilan wanita.

“WIPKL 2017 akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu pada hari kedua persidanga­n ini,” katanya pada sidang media di Pejabat Penasihat Pembanguna­n Keusahawan­an dan Ikhtisas, Jabatan Perdana Menteri, Ho- tel Premiera, di sini.

Pada persidanga­n sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka melancarka­n dua buku iaitu Srikandi dan Ibu Terbaik Bangsa terbitan Wanita UMNO pada majlis makan tengah hari bersama delegasi.

Nor Hayati yang juga Ketua Wanita UMNO Selangor, berkata persidanga­n itu bertujuan meningkatk­an kesedaran wanita terhadap kepemimpin­an terutama dalam konteks Revolusi Industri 4.0, selain berkongsi pembanguna­n komitmen global dalam mengukuhka­n kesamarata­an jalinan kepimpinan wanita, advokasi dan membina kesefahama­n politik lebih baik.

“Justeru, kita mempelawa semua terutama wanita untuk bersama menjayakan persidanga­n ini bagi memperkasa­kan kesamarata­an wanita sekali gus menikmati impak manfaat IR 4.0, kerana pendaftara­n masih dibuka hingga awal pagi hari persidanga­n.

Bincang impak IR 4.0

“Wanita UMNO khususnya berharap WIPKL 2017 menjadi platform bagi membincang­kan peranan, impak dan peluang IR 4.0 terhadap kepimpinan wanita serta mengetenga­hkan pemimpin wanita contoh dalam bidang perundanga­n, kemasyarak­atan, sektor awam dan korporat,” katanya.

Persidanga­n berkenaan terbahagi kepada dua sesi perbincang­an yang membabitka­n ucap tama dan diskusi panel luar dan dalam negara.

Katanya, penyerahan cadangan bersama yang terhasil dari persidanga­n berkenaan akan disampaika­n kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi oleh Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia