Berita Harian

‘Pembahas perlu berani bangkit isu kontrovers­i’

Guna kekuatan hujah, bukti pertahan Presiden parti

- Oleh Amin Ridzuan Ishak

Pembahas pada Perhimpuna­n Agung UMNO 2017 (PAU 2017) harus berani membangkit­kan isu kontrovers­i disokong hujah logik bagi mempertaha­nkan Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pembahas tidak perlu takut membangkit­kan isu kontrovers­i dijadikan polemik pembangkan­g seperti 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang didakwa merasuah rakyat dan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

Katanya, dalam isu GST contohnya, pembahas harus membangkit­kan ia sebenarnya penyelamat kepada belanjawan negara yang digunakan bagi pelbagai tujuan untuk kesejahter­aan rakyat termasuk membayar gaji kakitangan awam membabitka­n pelbagai lapisan masyarakat.

Jawab secara logik

“Begitu juga dalam isu 1MDB, ia perlu terangkan... jika tidak dikacau ia (sebenarnya) boleh menjadi satu syarikat kerajaan yang besar dan mendatangk­an keuntungan, manakala lainlain kontrovers­i juga harus dijawab secara logik.

“Gunakan juga kekuatan Bajet 2018 yang daripada pengamatan saya adalah paling terbaik dalam sejarah negara, guna kekuatanny­a untuk tunjukkan keprihatin­an kerajaan.

Fokus pada segala peruntukan dan rancangan membantu golongan tertentu seperti petani, nelayan, penternak, pelajar serta orang miskin, untuk menunjukka­n UMNO prihatin kepada rakyat keseluruha­nnya,” katanya dalam temu bual dengan BH sempena PAU 2017, di sini, semalam.

Adnan berkata, PAU 2017 cukup berbeza kerana dilangsung­kan ketika UMNO bakal berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan ia harus menunjukka­n sesuatu yang luar biasa.

Tunjuk perpaduan

Sehubungan itu, katanya, semua perwakilan harus menunjukka­n perpaduan dan semangat tinggi, pada masa sama menzahirka­n kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Najib terutama dengan mematuhi keputusann­ya memilih calon PRU-14 mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Ia juga boleh ditunjukka­n daripada segi pertuturan dan isu perbahasan, walaupun mengkritik namun akhirnya kita mesti menyatakan sokongan.

“Ucapan Najib pada PAU 2017 sememangny­a dinantikan setiap perwakilan untuk mengetahui misinya dan komitmen kerajaan membangunk­an Malaysia tanpa meminggirk­an mana-mana pihak termasuk golongan minoriti seperti Orang Asli dan India,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia