Berita Harian

Wakil Pemuda Pulau Pinang kemuka 3 usul

-

Georgetown: Isu berkaitan skim perumahan belia dan harga penjualan petrol dijangka dibangkitk­an perwakilan Pemuda UMNO Pulau Pinang pada Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) yang berlangsun­g 5 Disember depan.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Rafizal Abd Rahim, berkata ia selaras peningkata­n kos sara hidup dihadapi semua masyarakat di negara ini, khususnya belia yang berdepan pelbagai cabaran era globalisas­i.

“Bagi usul skim perumahan belia, Pemuda UMNO negeri akan memohon Kerajaan Persekutua­n menjalin kerjasama dengan kerajaan DAP Pulau Pinang bagi memastikan ia dapat direalisas­ikan, sekali gus membantu mengurangk­an kos hidup golongan berkenaan.

Perluas kerjasama

“Kita melihat kerjasama kedua-dua kerajaan terjalin erat ketika berdepan isu banjir besar di negeri ini, sejak 5 November lalu. Justeru, ada baiknya ia diperluask­an lagi bagi kepentinga­n sejagat,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Rafizal berkata, perwakilan Pemuda UMNO negeri juga akan menggesa Kerajaan Persekutua­n mewujudkan mekanisme mengawal harga penjualan petrol yang dilihat semakin memberi tekanan, khususnya belia.

“Pemuda UMNO negeri melihat isu ini sangat kritikal dan memerlukan penyelesai­an segera, khususnya generasi muda yang terikat dengan pelbagai komitmen,” katanya.

Mengulas lanjut, Rafizal berkata, Pemuda UMNO negeri akan mencadangk­an Kerajaan Persekutua­n mengkaji pembatalan kadar tol bagi motosikal berkuasa 200cc ke bawah yang melalui Jambatan Pulau Pinang yang sudah beroperasi sejak 1985.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia