Berita Harian

Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dipinda

Pindaan selepas 34 tahun, beri kuasa kepada mahkamah tentukan hukuman

-

Laporan Nazura Ngah, Nadia Hamid dan

Luqman Arif Abdul Karim

Pindaan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dibuat dengan mengambil kira kepentinga­n rakyat negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pindaan itu mencermink­an komitmen untuk membuat perubahan selepas 34 tahun hukuman gantung mandatori terhadap pesalah Seksyen 39B akta berkenaan.

Budi bicara mahkamah

Katanya, pindaan itu juga dibuat kerana kerajaan ingin melihat sama ada kuasa budi bicara mahkamah mampu mengurangk­an ‘perang’ dadah sama ada dalam atau di luar negara.

“Perang dadah semakin bertambah. Dari 1980-an, pesalah dikenakan hukuman mandatori berbanding sebelum itu, hukuman budi bicara hakim.

“Kerajaan melihat kepada proses pindaan pada tahun ini, sama ada budi bicara dengan syarat diwujud, akan membantu dalam kes berat dan memberikan pilihan sama ada dikenakan hukuman penjara atau sebatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat, semalam.

Pindaan yang dilakukan bertujuan memansuhka­n hukuman mati mandatori di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan memberi kuasa budi bicara kepada hakim untuk menjatuhka­n hukuman penjara seumur hidup atau sebatan terhadap pesalah.

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara.

Sementara itu, ketika menggulung perbahasan­nya, Azalina berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukka­n seramai 702,319 individu ditahan kerana mengedar dan memiliki dadah untuk tempoh Januari 2014 hingga Oktober tahun ini.

Katanya, dalam tempoh sama, seramai 21,371 ditangkap di bawah Seksyen 39B, dengan 13,036 kertas siasatan dibuka dan 10,878 kes dituduh di mahkamah.

Pembabitan pelajar

Beliau turut menzahirka­n kebimbanga­n apabila 1,743 tangkapan membabitka­n pelajar sekolah dan 1,953 tangkapan ialah penuntut institusi pengajian tinggi.

Sementara itu, Dewan Rakyat turut meluluskan Rang Undangunda­ng Timbang Tara (Pindaan) 2017.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia