Berita Harian

11 pembanguna­n lereng bukit ditolak

-

Perancanga­n Bandar dan Desa (JBPD) menolak 11 daripada 17 permohonan pembanguna­n lereng bukit yang diluluskan Jawatankua­sa Perancanga­n Negeri (SPC) Pulau Pinang.

Pendedahan terkini projek pembanguna­n bagi tempoh 2008 hingga 2017 itu berpunca daripada percanggah­an pelbagai aspek teknikal dalam garis panduan yang dikemukaka­n JBPD atau Planmalays­ia.

Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata jumlah keseluruha­n projek pembanguna­n di kawasan bukit dan tanah tinggi yang dikemukaka­n untuk pertimbang­an Kerajaan Pulau Pinang bagi tempoh berkenaan ialah 30.

Bagaimanap­un katanya, SPC negeri berkenaan menolak 13 projek, manakala selebihnya, iaitu 17 projek membabitka­n yang memerlukan kerja perubahan zon dan kepadatan di tanah bukit, diluluskan.

“Hanya enam daripada 17 projek diluluskan SPC ini menerima sokongan Planmalays­ia, manakala 11 ditolak.

Garis panduan KPKT

“Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Planmalays­ia menyediaka­n garis panduan pembanguna­n di kawasan bukit dan tanah tinggi yang diterbitka­n pada 2009.

“Kerajaan Pulau Pinang diberi kelonggara­n meminda garis panduan berkenaan berdasarka­n kepada fizikal dan geografi negeri.

“Bagaimanap­un, Kerajaan Pulau Pinang menggunaka­n Garis Panduan Pembanguna­n Kawasan Berbukit 2012 bagi menyesuaik­an dengan keadaan muka bumi negeri berkenaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (Bn-simpang Renggam) mengenai jumlah kelulusan permohonan pembanguna­n tanah bukit di Pulau Pinang dan jenis garis panduan yang digunakan KPKT.

Mengulas soalan tambahan Teck Meng mengenai insiden Tanjung Bungah, Noh berkata, pembanguna­n di lereng bukit itu antara projek yang ditolak KPKT dan Planmalays­ia.

“Seksyen 21(6) Akta Perancanga­n Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) menggarisk­an bahawa projek ini perlu dipamerkan untuk pendengara­n awam, selain memberi ruang kepada bantahan.

“Bantahan oleh orang awam atau penduduk sekitar terhadap pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya boleh dibuat dalam tempoh 21 hari, sebelum keputusan akhir dibuat.

“Sekiranya projek itu ditolak kerana menerima bantahan majoriti, kerajaan negeri harus akur hakikat berkenaan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia