Berita Harian

Kerugian lombong pasir haram jutaan ringgit: SPRM

Penilaian masih dijalankan, syarikat tak henti aktiviti sejak 2014

- Oleh Ilah Hafiz Aziz

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menilai kerugian yang dialami kerajaan susulan perlombong­an pasir dan batu haram di sebuah kawasan lapang di Kajang.

Namun begitu, SPRM percaya kerugian yang dialami berkemungk­inan bernilai jutaan ringgit kerana syarikat yang mengendali­kan perlombong­an itu dikesan tidak menghentik­an aktiviti itu sejak 2014 lagi.

Difahamkan, pegawai dari Pejabat alam sekitar dan Pejabat Tanah Dan Galian Selangor (PTG) yang menjalanka­n ujian di kawasan itu juga mengesahka­n telah berlakunya perlombong­an pasir dan batu haram di kawasan terbabit.

Syarikat tiada permit

Menurut sumber, SPRM semalam menahan sebuah lori yang sedang keluar dari kawasan itu dengan membawa batu tetapi sejurus penahanan itu, lori lain yang sedang beroperasi secara tiba-tiba menghentik­an aktiviti mereka.

“Ini bermakna sejak 2014 lagi aktiviti itu masih berjalan dengan aktif tanpa sebarang tindakan oleh pihak berwajib,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, aktiviti itu didalangi oleh seorang pengarah syarikat bergelar jutawan yang memiliki kawasan perlombong­an itu.

“SPRM mengesan kawasan itu adalah milik pengarah terbabit namun tindakanny­a melakukan aktiviti perlombong­an adalah satu kesalahan mengikut undang-undang kerana sebarang hasil bumi adalah milik kerajaan.

“Hasil siasatan juga mendapati syarikat itu yang tidak mempunyai permit juga tidak membayar royalti kepada kepada kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Simi Abdul Ghani, ketika dihubungi, berkata empat individu ditangkap dan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes terbabit.

Tambah beliau, seramai tujuh individu termasuk pekerja syarikat dan pemandu lori sudah diambil keterangan oleh SPRM berhubung kegiatan perlombong­an haram itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia