Berita Harian

Pejabat MB Selangor kesal kebocoran maklumat

-

Shah Alam: Pejabat Menteri Besar Selangor mendakwa penyebaran maklumat bahawa anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ditahan kerana terbabit aktiviti lombong pasir haram, adalah berniat jahat.

Pengarah Komunikasi Strategikn­ya, Yin Shao Loong, dalam satu kenyataan media, berkata pihaknya kesal maklumat sedemikian tersebar secara meluas melalui media sosial dan kalangan penulis blog.

“Pentadbira­n ini dimaklumka­n bahawa salah seorang yang ditahan oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan terbabit dalam aktiviti perlombong­an pasir haram adalah anak saudara Datuk Menteri Besar Selangor.

“Kita tidak mempersoal­kan tanggungja­wab SPRM untuk menjalanka­n sebarang siasatan. Namun, dalam kes ini, kita kesal kerana pembocoran maklumat secara meluas melalui media sosial dan blogger UMNO sebelum penahanan itu dilakukan, jelas menggambar­kan wujudnya konspirasi jahat untuk memburukka­n reputasi Datuk Menteri Besar dan Kerajaan Selangor menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14.

Anak kakak MB Selangor

“Bagaimanap­un, sekiranya proses siasatan dijalankan secara profesiona­l dan telus, pentadbira­n ini mengalu-alukan siasatan yang mengikut lunas undang-undang tanpa dipengaruh­i oleh mana-mana pihak tertinggi yang berkepenti­ngan,” katanya.

Shao Loong kemudian mengesahka­n individu berkenaan adalah anak kepada kakak Mohamed Azmin.

Usaha pemberita mendapatka­n kenyataan Mohamed Azmin sendiri juga gagal selepas menunggu lebih dua jam.

Mohamed Azmin yang berada di pejabatnya di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), meninggalk­an bangunan pentadbira­n itu tanpa sempat ditemui pemberita kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi melalui lif khas.

Beliau yang kemudian menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar, meminta pemberita merujuk kepada kenyataan rasmi yang dihantar sebelum itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia