Berita Harian

Kelantan, Terengganu, Perak semakin pulih

Jumlah mangsa dipindahka­n berkuranga­n, beberapa pusat pemindahan ditutup

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim, Fitri Nizam dan Syaherah Mustafa

Banjir di Kelantan, Terengganu dan Perak semakin pulih semalam dengan jumlah mangsa dipindahka­n berkuranga­n dan beberapa pusat pemindahan (PPS) ditutup.

Di keadaan banjir di Kelantan semakin pulih berikutan keadaan cuaca yang semakin baik menyebabka­n bilangan pusat pemindahan sementara (PPS) juga berkuranga­n kepada 63 dengan jumlah mangsa seramai 13,080.

Semua mangsa membabitka­n

Kota Bharu,

5,043 keluarga itu membabitka­n lima daerah dan ia berbeza dengan keadaan pada pagi tadi apabila 86 PPS dibuka.

PPS di empat daerah tutup

Empat daerah sudah menutupkan PPS iaitu Jeli, Machang, Bachok dan Kuala Krai manakala Gua Musang tidak ditimpa bencana banjir.

Dua daerah iaitu Pasir Mas dan Tumpat mencatatka­n peningkata­n mangsa banjir sejak pagi semalam.

Pasir Mas mencatatka­n 10,189 mangsa daripada 4,189 keluarga yang berada di 44 pusat pemindahan manakala di Tumpat 1,406 mangsa yang ditempatka­n di tiga pusat pemindahan.

Pekan Rantau Panjang kini beransur pulih dan paras air di pekan terbabit menurun kepada 0.5 meter berbanding kelmarin 1.5 meter.

Di banjir dilaporkan hampir 100 peratus pulih apabila hanya 49 mangsa masih ditempatka­n di dua PPS, dekat daerah Besut dan Setiu.

Laporan Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, yang dikeluarka­n jam 3 petang semalam, empat daerah iaitu Marang, Dungun, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dilaporkan pulih.

Justeru, semua mangsa yang ditempatka­n di PPS di empat daerah terbabit dibenarkan pulang.

Bagaimanap­un, di Besut dan Setiu, PPS masih beroperasi dengan jumlah mangsa di tempatkan di

Kuala Terengganu,

kawasan masing-masing semakin berkuranga­n.

Hujan berterusan

Di daerah Manjung, banjir lebih 1,000 mangsa daripada 160 keluarga dipindahka­n di tujuh PPS kawasan Pantai Remis, Lumut dan Segari selepas hujan berterusan sejak 10 malam semalam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, sempat meluangkan masa melawat beberapa pusat pemindahan untuk bertemu mangsa banjir di daerah ini.

“Fenomena air pasang besar, disusuli hujan berterusan menyebabka­n banjir, namun sentiasa dalam keadaan siap siaga,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Kampung Sungai Batu, Pantai Remis.

 ?? [FOTO FATHIL ASRI/BH] ?? Pemandanga­n dari udara menunjukka­n banjir di sekitar Rantau Panjang semakin pulih.
[FOTO FATHIL ASRI/BH] Pemandanga­n dari udara menunjukka­n banjir di sekitar Rantau Panjang semakin pulih.
 ??  ?? Mangsa banjir pulang ke rumah selepas pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2 ditutup, semalam.
Mangsa banjir pulang ke rumah selepas pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2 ditutup, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia